Saturday, January 31

.. award from HONEY ..


this is for:
cookie / bobob / dila / fateha / feera / naning / paili / sakinah

.. senarai kesyukuran ..

1. Tajuk, Senarai Kesyukuran {insert nama anda, nama glemer atau tidak, terpulang}
2. Tuliskan semua benda tentang hidup anda, baik atau buruk.
3. Letakkan Saya bersyukur di hadapan setiap ayat tadi untuk mengubah semua ayat baik atau buruk kepada ayat baik dan positif.
4. Boleh dibuat dalam semua bahasa.
5. Saya bersyukur boleh ditukar kepada Saya gembira atau Saya bernasib baik. Tapi kalau begitu lebih baik tajuknya Senarai Kegembiraan atau Senarai Kenasib Baikkan. So jangan susahkan diri.

SENARAI KESYUKURAN FARIZA FAUZI.

  1. saya bersyukur saya dilahirkan sebagai Muslim.
  2. saya bersyukur mempunyai sepasang ibubapa yang garang dan tegas kalau tak sure saya jadi anak yang taktau diuntung. hahaha
  3. saya bersyukur abg dan adik saya masih hidup. dan abg saya mempunyai isteri yang cantik macam saya, dan anak mereka juga comel macam saya.
  4. saya bersyukur mempunyai henpon nokia yang jatuh pon masih tak rosak walaupun msg tune dia beralih kepada standard tone.
  5. saya bersyukur dilahirkan sempurna tanpa cacat cela.
  6. saya bersyukur saya berkulit gelap, sebab gelap susah nak kena kanser kulit dan masalah jerawat, bukti tgklah adik saya.
  7. saya bersyukur tinggi saya 157 cm sahaja kalau tak mesti susah nak cari boifren [tapi basib baik boifren saya 183cm]
  8. saya bersyukur saya dapat belajar sampai ke peringat universiti walaupon course yang saya ambik tu sangatlah bosan dan tak best.
  9. saya bersyukur sebab saya pandai lukis muka orang dgn comel sekali bukan macam kawan saya Mul yang lukis muka kena budak pompuan yang mulutnya mcm banana dan rambutnya macam rintik rintik hujan.
  10. saya bersyukur saya tak pandai masak, kalau pandai mesti sibuk nak masak kat bf bila tiba saja weekends [macam nana masak kat mie]
  11. saya bersyukur sebab kucing itu comel dan saya suka. Nabi pon suka.
  12. saya bersyukur saya pernah bersekolah di sekolah agama. kalau tak mesti saya dah jadi minah rempit atau perokok tegar atau sebagainya.
  13. saya bersyukur dapat room mates yg best sejak pertama kali saya tinggal di asrama.
  14. saya bersyukur keluarga saya bukan orang kaya tapi sederhana.
  15. saya bersyukur mak saya belikan laptop utk saya sejak 3 tahun yang lalu dan oleh kerana itu blog ini dapat diterbitkan.
  16. saya bersyukur saya ada penyakit yg agak kronik [takla saya tipu] iaitu glaucoma, dengar kata kalau kita sakit dosa2 kecil kita diampunkan.
  17. saya bersyukur blog saya tak cool.
  18. saya bersyukur saya tak pandai show off.
  19. saya bersyukur saya tak berkawan dgn ramai lelaki, kalau tak mesti saya dicop perempuan gedik.
  20. saya bersyukur sebab saya pandai bersyukur, hahahaha!
  21. saya bersyukur saya ada kawan2 yang best.
  22. saya juga bersyukur sebab ada kawan2 yang tak best. haha buleh?
  23. saya bersyukur saya tulis guna tangan.
  24. saya bersyukur saya care pasal orang lain lebih dari diri sendiri.
  25. saya bersyukur walaupon orang cakap saya selfish padahal saya takut nak cakap saya dapat 82% utk test colloid sebab takut orang akan berkecil hati.
  26. saya bersyukur saya agak macho bila keluar dengan kawan2 saya selalu offer utk bawakkan barang mereka.
  27. saya bersyukur saya tak kikis duit boifren dan ex boifren saya. sila tanya mereka utk kepastian lanjut.
  28. saya bersyukur saya tak pernah mintak boifren saya belanja saya apa2. ok ni macam tipu je. pernahla sekali dua kan tapi saya jarang gedik2 seperti contoh ini: "yangggg, lawa la beg ni.. belikan utk i ok?" dan ini " yangggggggg.. i suka la baju ni.. nak!!"
  29. saya bersyukur saya utamakan boifren saya dari kawan2 saya. ini betul. walapon dia tak perasan.
  30. saya bersyukur pernah tinggal setahun di arau. sempat merasai bahang dunia. hoho
  31. saya bersyukur saya cuba utk berkawan dgn kawan2 kpd kawan2 saya tapi ada antara mereka yang sombong dan berkata "baru jumpa sekali dah sebok nak add kat frenster" fine.
  32. saya bersyukur saya cantik tapi saya tak pernah rasa cantik. hahaha wtf?
  33. saya bersyukur kalau orang puji saya cantik, dan tak suka orang puji comel [melainkan bf saya] sebab comel tu macam lebih sesuai utk kanak2 dan kucing.
  34. saya bersyukur saya tak makan makanan pedas2 sangat sebab mak kata makanan pedas menambahkan selera makan, kan?
  35. saya bersyukur saya ada broadband dirumah dan wireless di kolej.
  36. saya bersyukur saya ada lagi 3 bulan sahaja sebelum saya grad.
  37. saya bersyukur bapak saya ada misai sebab nampak comel.
  38. saya bersyukur bf saya takde misai sebab orang muda ada misai tak comel.
  39. saya bersyukur saya ada kawan bernama anida yusof sebab dia lah saya kenal siapa itu michael scofield.
  40. saya bersyukur saya kenal beberapa orang yg sama tarikh lahir dgn saya. Sharifah Ili Anati [25mac88] dan Nani [25mac87] ada lagi tapi saya lupa
  41. saya bersyukur saya tak gedik macam perempuan itu.
  42. saya bersyukur saya tak popular dan famous sebab saya sangat takut denga public.
  43. saya bersukur muka saya masam je, ni punya muka pon beratur orang ngorat muahahahhaa
  44. saya bersyukur mempunyai bilik sendiri walaupon adik saya buat bilik ni macam bilik dia
  45. saya bersyukur kucing saya telah lari dari rumah walaupon saya agak sedih. wuuuuuu~
  46. saya bersyukur saya ada duit.
  47. saya bersyukur masih lagi bernafas!!! [patutnya ni tulis awal tapi kenapa lepas 46 perkara baru ingat???]
  48. saya bersyukur bf saya sangat best. [kembang la tuuuuu]
  49. saya bersyukur saya tak banyak cakap tapi lebih banyak memerhati.
  50. saya bersyukur saya hidup sedikit susah skg ni kerana Tuhan menjanjikan yang lebih baik pada masa akan datang.
  51. saya bersyukur saya pernah patah tangan masa berusia 6 tahun akibat jatuh basikal yang dikayuh secara terbalik diatas bangku ketika waktu senja.
  52. saya bersyukur saya pernah repeat matrix.
  53. saya bersyukur saya pernah kenal orang2 yang saya pernah kenal kerana mereka mematangkan saya [matang ke?]
  54. saya bersyukur saya mempunyai beg, baju, payung, pencil case dan lain2 termasuk spender berwarna pink walaupon saya sebenarnya tak suka warna pink.
  55. saya bersyukur saya tak pernah melancong keluar negara, nanti honeymoon ada alasan nak pergi banyak tempat.
  56. saya bersyukur saya ada peluang belajar bahasa arab dan mandarin.
  57. saya bersyukur boifren saya menjadikan saya seorang yang tidak mengada ngada. walapon ada sedikit ciri itu.
  58. saya bersyukur saya tahun 99 nama Allah dan 25 nabi yang hebat itu.
  59. saya bersyukur saya sedar bila saya buat dosa tapi tak reti2 bertaubat. ish ish
  60. saya bersyukur saya masih belum berkahwin pada usia 22 tahun.
  61. saya bersyukur saya mampu tulis 60 perkara yang saya bersyukur, walapon banyak lagi tapi cukuplah utk saya share dengan anda.

Anda ada tak perkara yang ada syukurkan?

Kalau ada, saya tag anda semua. :D

Friday, January 30

.. paili ..

Went to QB. Ronda2 Penang dgn driver tersayang, Paili! Tengs! ;p

forever 21

shopping sat

dinner @ Kapitans

Great day! :D

.. tagged by BOBOB ..

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di bawah untuk diletakkan di blog anda. [anyway skg dah 2009. ;p]



2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

~ bobob . tengs yeah!~
~ rakan se-kmpp. rakan se-uitm. tapi fac lain2.
~ org selayang / batu caves?? ;p
~ sama cm aku. ada lesen tp x drive. muahahaha
~ bf beliau nama adlie. :))
~ nampak gaya cam suka shopping. kita kena hang out and shop sama2 ni babe!

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

~ taktau masak. pls take note. jadiknye kalau dtg umah saya tu, takyah la suruh saya masak ok. ;p
~ taktau drive. or. tak drive la lebih tepat. saya dah plan nak beli kereta bila dah keja. ms tu tgk saya drive ke tak. hihi
~ makan tak banyak, tp makin gemok. ntah kenapa. sbb dah tak aktif macam dulu kot.
~ saya anak kedua dr 3 adik beradik.
~ suka kucin. mereka comel!!!
~ saya juga suka moo moo yg hitam putih. dah ada beberapa koleksi beg, selipar, mug, gam dan pensel case moo moo diberi oleh buah hati. dan banyak lagi tau.
~ suka dgn photography. bercita2 nak beli SLR. uhuw
~ sumpah saya tak pernah minat kimia.
~ saya suka art. saya kreatif. ok better la dari hal2 sains ni. dem!
~ saya kalau baca buku / mag mesti bukak page belakang dulu.
~ dan korang perlu tahu, saya tak makan makanan yang pedas sangat. saya mula makan sos cili pon masa djh 5. sila gelakkan saya.
~ kalau nak tau lagi, sila la bersama dgn updates saya ya!

4. bagi award ni kat 10 org & die adalah di tag :D
~ saya hadiahkan award ni kepada semua orang. sila la buat tag ini ok!

Thursday, January 29

.. happy birthday mama! ..

28th Jan 09. Mama dah 51 tahun. waaaaaaaaaaaawwww!!~

Went to Cafe 57. Enjoy the photos. :)








.. tagged by NANI ..

here’s the rule: Use Google Image to search the answers to the questions below.Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer. After that tag 7 people.

1. the age of next birthday = 22

2. place i'd like to travel= Netherlands!!!

3. a favourite place = beaches

4. nickname i had = RIZ

5. a favourite color = orange

6. a favourite food = roti

7. college major = applied chem

8. name of my love = pakya [cant really see]

9. a hobby = travelling muahaha

10. a bad habit = negative thinking

11. my wish list = LG cookie


7 tagged people:

1. cookie
2. bobob
3. izzah
4. dila
5. eky
6. feera
7. paili

ps: tia takleh sbb takdak collge major. muahaha








Tuesday, January 27

.. erghh ..

I think i have made my decision, though it is not so clear.

Blog abt it later!~

Monday, January 26

.. tahpape ..

What do the majority of people in your life call you?
fariza

Last thing/person to make you smile?
familia

Something bothering you right now?
cough.cough !!

Ever got really drunk and can't remember what happened?
hmm never.

Have you ever broken someones heart?
yep

What did you do last Saturday night?
berehat

Do you currently hate someone?
i dont

Name something great that happened today?
coughing for all day long, isnt it great ???

Do you like your life as of now?
so so

Do you have a crush on anyone?
nope

Do you curse a lot?
nope

Who send you the last text message on your mobile?
a friend

Where are you?
my home, png.

What are you supposed to be doing right now?
sleeping?

Are you currently frustrated with a girl/guy?
neither. i hv lots more things to think

Have you ever slapped a boy in the face?
almost happen

Have you ever not been able to get someone off of your mind?
i dont think so

Have you ever cried while in the shower?
yes yes yes

Is there someone you'd really like to hang out with and just talk about stuff?
yes

When was the last time you swam?
form 2? [though i cannot swim hahahah]

Do you smoke?
surely no

Are you in love?
yes

Sunday, January 25

.. prison break !! ..

Salam.

Makin lama makin obses dgn Prison Break [shortly PB]. This might sound so lame, but who cares. ;p I'm gonna write about it and you better read and shut up, or either round. haha

I've watched PB season one till four. But the best part, of course, the first season. I'm totally amazed with him, Michael Scofield, if you are wondering who. ;D

And Lincoln Burrows, you are the symbol of macho-ness. haha. no doubt!

on the other hand, Scofield is THE COOLest MAN on earth. hahhaha :D:D:D




How smart Scofield is [or was?]. He planned lots of things, siap ada banyak yang split off plak tu. Dan bila dorg screwed up tu part yg paling best! wooohho~ I was wondering, ada ke jejaka yang se-semart Scofield? :)))

Scofield tu manja la. hahahahahha. Suke seh tgk dia dgn Dr. Tancredi! ouww sweeeett.

Salute tu Paul watsoever his name, the creator of PB. You are absolutely amazing man. I'm waiting for season 5. aaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Now, do i answer your takpahamperempuannisukatgkceritajenisapa questions? This kind of story i LOVE to watch, not the hantu2 story, super power man and all that. I dont like fantasies anyways.

In short, I love Prison Break and all of the characters. And how the story flows. awwww~



Friday, January 23

.. hari ini hari jadi Suria! ..


yay! Happy 22nd birthday Resakse biskut!
May ALLAH bless you always! :)

.. perkara yang mampu membuatkan aku pissed off ..

Salam.

1. Hal2 berkaitan family aku. Ini memang tak boleh dimaafkan ok. Org2 yg suka mengutuk mengata family aku, lebih2 lagi parents aku. Kalau sesiapa penah memperlekeh / memalukan family aku, sila minta maaf skg. haha
2. Perempuan gedik. aish. Gedik ni macam2 definisi kan. Tapi atas pandangan aku, gedik seorang perempuan tu, bila dia sangatlah sombong dgn kaum sendiri, tapi bila dgn kaum Adam, amboi amboi lembutnye kau. eeeeeeeeee menyampah.
3. Pemberlagak [?]. Dikalangan kawan2 pon ade ni. Nasib korang baik sebab aku bkn jenis yg suke direct. Aku diam je. Annoying gila kalau berlagak bagos padahal yang nyata nya mmg sah2 tak bagos.
4. Lelaki buaya darat. haha buleh? Tak ah. Laki ni macam jenis, dan ada la jenis yang aku mmg takkan bekenan pon. Laki bajet gentle depan pompan la paaaaaaaaaaling saya geli. Sebelum kapel gentle habis kot. Bila dah kawen, cehhh. Maki hamun je keje. Aku beruntung sbb laki aku jenis tak bajet.
5. Tertinggal berus gigi, bila nak bermalam di rumah kawan. pergh geram. Tak bawak spender ok lagi, tapi tak bawak berus gigi tu memang menyakitkan hati. eeeee!

banyak lagi tapi nanti ah sambung.

.. dah okey ..

yey hp saya dah ok! Dulu ada sedikit problem dimana memory card tidak dapat detect. Berbulan lamanya saya guna ringtone Nokia dan message yang tut tut tu. uhuw~ Hari ni pi anta kat kedai, dia format pastu terus ok. haha! Cam hampeh. Aku rasa [kejap saya kejap aku] memory card slot tu longgar kot. Bateri pon memang loose. Dia cam tak kejap. Skg dah guna bateri baru, so dah ketat. So memory card tu pon dah ketat. So yey! Dah letak themes, pasni nak letak lagu. eh aku pny mmc 512mb je, malas nak guna banyak. Suka heng!

Hp ni dah nak dekat setahun dah aku guna [Feb ni besday dia]. Hp ni function dia ok, kamer 3mp, ada mp3, dan sound dia mmg sedap la kan utk para Nokia. Sejujurnya aku tak suka Nokia, tapi hp ni mama belikan, so aku rasa aku takkan jual / trade in. Nanti dah keja, macam nak beli hp bwh ni.


Bekenan siot.

Macam cool je kan. Touch screen tu. Kamera 3mp kot. Aku dah survey dah harga, rm800 plus minus. Ok ah tu kan. Kalau nak beli skang memang mampu, tapi buat apa, hp skg ni dah ok. Aku postpone jela niat tu. hehe. Macam nak beli camera je. Tengok ah dulu mcm mana.

ow btw, skg saya ada kat Penang. Bercuti selama seminggu! yay!


.. duit ..

Salam.

yay!! Finally! Hari ini bertarikh 22 Januari 2009, duit aku masuk jugak. Setelah 3 minggu menanti, makan masuklan sejumlah wang kedalam akaun bank islam aku. Tapi yg tak sedapnye, duit yuran dah ditolak huwaaa. dan kena bayar kolej lagi, dan tolak lagi 210.

So berikut adalah wishlist aku:
PTPTN= rm500
kolej = rm210
AVG = rm30
battery hp = rm25 [done]
headset = rm35 [done]
adiah adik aku = rm150

sbrnya aku tgh tak sihat ni. Otw to demam. haha. So nak makan ubat dan berehat. Dahla tak packing lagi barang2 utk bwk balik esok! ceiihh. hahah

bye.

Wednesday, January 21

.. and? ..

Salam.

ow lately I've been bit busy. ha ha! Busy doing my mushrooms project. Done for the first step, extraction of mushroom. Tapi baru siap one species. Got another species to be completed. sigh.

Few days ago, me and friends were thinking. Masters or not? We'll be completed our degree on this May [aww unbelievable]. So semua cam tgh pikir, nak buat master or tak. Sebenarnya takde masalah besar sgt. Awak ada rm7000 then here you go, your mastercard. haha kidding. An average 3 semesters for fulltime Masters in Science (MSc). So aku pon tgh pikir lagi ni. Pilihan2 yang ada:

1. Sambung terus master this July [UiTM or other uni]
2. Keje dulu selama beberapa tahun, lps tu baru sambung master.
3. Rehat dulu satu sem, then terus sambung master.
4. Terus keje, tak payah buat master. hahaha

ok that last choice tu tak funny pon. Semua org nak dapat highest level of education kan, so do I. Tapi honestly, aku cam dah malas nak belaja. ok kalau master pon, aku nak buat research, bkn coursework. But still, kena jenguk lagi alam universiti. ah bosan seh. Korang pon tau, zaman kolej aku je dah 2 tahun. Degree 3 tahun. Bosan seh bosan. Lagi2 bila korang berada dalam arus yg korang tak minat. sigh. sigh.

Tapi ada sedikit masalah disini. Aku kena bayar 7k to PTPTN, selewatnya selepas aku dapat keje, dan bergaji. So if, aku buat master, mana nak dapat duit meh? Lagi guna duit ada la. adoyai. Rasa cam ish ish ish susahnya hidup saya. uhuhw~

Skg ni aku cam tgh pikir nak buat master kat USM, sbb dekat dgn rumah. Jadinye bleh lepak umah je, tak perlu kalut cari umah sewa. Transport pon sng. kan? Tapi tula masalahnye. Pasal PTPTN tu. Aku dah dapat 3rd warning kot. Interest pon dah naik rm300. shyt. Or ada sesapa nak support aku ke? haha

ok nak sambung tgk Prison Break season 4. omg Michael Scofield memang awesome. iloveyou. hahahaha

Tuesday, January 20

.. mari menderma darah ..

So ada sesiapa MASIH nak minum perisa baru dari Sarbucks ini? Saya belanja.

Sunday, January 18

.. shisha ..

Asalammualaikum dan salam sejahtera.
In relation to Islamic culture all over Egypt and the Middle East, questions have been raised whether or not Shisha is haram (forbidden in Islam).

Tobacco Molasses (with nicotine) - this is haram. It contains nicotine therefore you would be doing damage to your body in the eyes of Allah.

Herbal Molasses (no traces of nicotine, tar, or THCS) - this is considered NOT to be haram. It is free of dangerous gases and ingredients therefore it has not yet been labelled haram by any Islamic cleric - as yet.

Please note that in the Middle East, TOBACCO MOLASSES of Shisha have been targetted as bad for your health. This is not to be confused with its herbal replacement.
Aku sebenarnya kurang pasti ttg halal haram shisha ni. Tapi setahu aku, ape2 benda yang bad for our health tu, mungkin menjadi haram. Dalam kes ni taktau la kan.

Tapi as for me, secara jujurnya aku tak suka shisha. Dan aku tak suka sesiapa yg dekat dgn aku menyedut shisha. Bukan atas dasar halal / haram, tapi sebab kegiatan itu mencerminkan personaliti masing2. Tengok org sedut benda tu, aduhai. Taktau nak cakap mcm mane la kan. Lagi2 perempuan. Nampak macam sosial secara ekstreem.

Ok this is my personal opinion. Kalau ada readers yang bershisha, tu hal korang la. Yang pasti aku tak suka family, close friends and boyfriend aku bershisha. Same goes to smoking actually. So semogo readers sekalian, don't smoke, and don't shisha-ing.

and there goes a good health, good life and save money. hahahahah!

Saturday, January 17

.. yay dapat rantai!!! ..

Asalammualaikum dan salam sejahtera.

haha poyo pada title diatas. Hari aku p pameran kerjaya kat Mid [semua org tau kan]. Pameran kerjaya terbesar. Fuhh ramai gile org!!! Kitorang usha2 la kot2 ada company nak chemist ke tapi satu pon tarak. Engineer bykla diorg nak. cuih. Salah amik course kot. haha. Aku pi dgn my bopren, Elyn, Lin and Ami [sepupu Elyn]. Ramai dak kelas aku pi jugak, tapi diorg pi dgn bas / komuter la kot. 3 jam jgkla kat dalam pameran tu. Agak2 ada kaitan dgn apa aku belaja je, semua aku isi form. hahahah. Tengokla camne nanti kan, mana tau kot ada rezeki ke. Dan oh, aku isi jgk utk buat masters kat USM. Dekat dgn rumah, senang. hoho!

Lps tu jalan jalan je. Usha sana sini then bopren ajak pi Mines sbb Lin nak usha hp utk adik dia. Dapatla seketol hp Sony Ericsson berharga RM300 [yes!! pandai gak aku tawar menawar. hahahaha] Model yang lama, tapi ok la ada camera, mp3, memory card slot. Sesuai la tu untuk budak lelaki form 3 kan. Jalan2 lagi, makan2. Dah malam tu, kitorg pi Putrajaya plak. haish penat la driver tu kan. hehe. Cian dia.

eh wey lupa nak bagitau!! Kat Mid tu, aku jumpe beg lumbu!! eh lembu. waaaaaaaaaaa sgt suka!! Tak tangkap gamba pon. Nanti aku upload ek. hehe. Sukanya saya. RM20 je tau! Haaa dahla dapat rantai. Rantai aku dulu tu dah putus, so bopren belikan rantai baru. waaaaaaaa terima kasih syg. :):):):)

Kesimpulannya, hari ini dan semalam merupakan hari paling penat pada tahun ini, setakat ini. hehe.

ok bye!


.. MAUT ..

Asalammualaikum dan salam sejahtera.

oh mennnnnnnnnn. Hari ini adalah hari yang memenatkan. huh!
Pukul 11 pagi gerak ke lab buat thesis. Sampai pkl 3 ada kelas Marketing. pkl 4 solat zohor dan sambung lab. Sampai la pkl 6 lebih.

Sampai2 bilik je nampak kak Wed [my roomate] siap lawa2. Tanya dia nak p mana, trus dia ajak ikut. Tengok2 si Along ngan Sue pon dah bersiap. pergh diorg nak tgk wayang! Aku gian kot. Aku baru je balik dgn penatnye letihnye, diorg cakap siap skrg! si Talha [member Along] sangkut kat traffic jam so sempat la. Aku mandi siap2 sume Talha sampai, then kitorang menuju ke Hakim yang kononnye geng si Talha dah tunggu.

Siap duduk dah nak mintak order, tiba2 Talha cakap member diorang kat Khulafa. choyyy! Wat malu aku je. hahah. Ada Jamal, Pali, Bett dan sorang lagi aku lupa nama dia, tp dia muka mcm Cat Farish. haha. Seriously aku tak pernah lepak dgn geng2 macam ni. pergh. Gelak tak henti2 kot. Tapi aku cam tak masuk sangat dgn diorg, sbb diorg cam over. Bukan over mcm mana, diorg ok and havoc, cuma aku tak mudah geng dgn org2 mcm tu. haha. Makan minum sume, kitorg pon menuju la Jusco Bkt Raja.

Tengok cite MAUT. Memang maut siot. Menimbulkan keinssfan beb. Aku mmg la tak baik mana, jahat lagi ada la. hoh. Tapi bila tengok cite camtu, jadi insaf kot wey. Tak caya korang tengok la. Tapi aku rasa cite tu agak annoying bagi orang2 yang tak boleh terima kesalahan dan kesilapan sendiri. Cam tadi ada satu couple, ok actually ada 2,3 couple. Tengah2 cite tu dorang blah. Siap masa nak klua tu cakap sesuatu yang tak menyenangkan. pergh. Aku cam nak sepak telo kau la jantan. ceh. Dahla buat dosa, tak reti insaf plak tu. aish tak bleh cakap lebih. Takot kang aku cakap poyo, nanti aku yang buat. Kan?

Tapi cite tu memang tak best sebenarnya. Takde jalan cerita. Tapi moral ada. Moral dia pasal mati yang anytime boleh jemput kita. Tengok wayang maybe mahal la kan, so beli la cd pirate takpon download je. haha.

Okey ah aku nak tido ni. Esok nak berjalan jalan. Nak gi Mid kot tengok career show apejadah ntah tu. huhu. Saja la usha2 kan.

ok bye!

Thursday, January 15

.. o hai! ..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Entri ni untuk sesiapa yang belum mengenali aku dengan lebih lanjut.
Berikut adalah fakta fakta penting tentang saya! [kejap aku, kejap saya]

1. Nama penuh saya Noor Fariza binti Mohammad Fauzi. Setakat ni, nicknames saya; Fariza, Riz, Iza, Ija, Zaza, Riri, Jaja, Fiza, No-or, Adik dan Kakak. oh serta Makngah. haha. Saya lebih selesa orang panggil saya Fariza. o i love my name btw. Its not too common, nor too rare. And its not girlish either, yet not so boyish. hahahaha

2. Saya berketinggian 1.57meter [grr! dulu 1.6m, skrg makin pendek]. Berat 56kg. Saiz kasut 5/6/7. Ukuran badan aaaa. Seriusli taktau. BMI saya 22.7 hahahhaha. Berkulit gelap, bercemin mata, berhidung bulat dan bergigi depan terkeluar satu. haha mcm mana tu.

3. Asal aku Penang. Pakmak org Selangor dan Perak. Anak kedua dari 3 adik beradik.

4. Skrg student final semester kat UiTM Malaysia, degree in Applied Chemisty dan oh, saya tak bercita cita nak jadi chemist aka kemis pon ok.

5. Saya sangatlah tak bijak sains. Dan sampai skrg saya masih blur2 dgn kimia. ha ha ha. ey serius ok. Dan sampai skrg saya tak nampak masa depan saya dalam bidang ini. ha ha. Tapi saya scholar JPA, nak taknak selama 4 tahun lepas grad saya kena kerja dgn government bawah bidang saya. cuihhh

6. Saya tidak mempunyai apa apa feveret. Takde feveret kaler / movies / tv shows / activities / subjects / pensyarah dan apa saja. Saya layan semua. Oleh itu, hidup saya memang bosan.

7. Saya ada baaaanyak idola. Yang terunggul kekasih ALLAH, Rasulullah SAW. Baginda dan para sahabat sangatlah hebat. Saya juga menyanjungi Tun Mahathir, bekas PM kita. ok saya bukan main politik ok. Tapi rasanya Tun Mahathir ramai orang respect berbanding pemimpin lain.

8. Saya memang kuat tido. Petang tadi saya dah tido. Malam pon dah terlelap 2 jam. Dan skrg saya mengantuk lagi.

Bersambung .. .. ..




Wednesday, January 14

.. it happened again!!! ..

Asalammualaikum dan salam sejahtera.

Ingat tak entri yang aku cakap kena tindih tu? Refer tag TINDIH.
Tadi jadi lagi. Aku tengah tido sorang dan mimpi antu siot. Rumah kosong, mimpi darah2. Bunuh semua tu.

Lepas tu berlaku lagi benda tu. Heyyyyyy tension siot. Dahla demam. So aku bincang2 dengan bf aku, dia cakap tu otot lumpuh camtuh ah. So aku pon refer kepada Wikipedia on sleep paralysis.

The symptoms are:
Symptoms of sleep paralysis can be either one of the following or a combination:

* Paralysis: this occurs after waking up or shortly before falling asleep. The person cannot move any body part, and only has minimal control over blinking and breathing. This paralysis is the same paralysis that occurs when dreaming. The brain paralyzes the muscles to prevent possible injury during dreams, as some body parts may move during dreaming. If the person wakes up suddenly, the brain may still think that it is dreaming, and sustains the paralysis.

* Hallucinations: Images or speaking that appear during the paralysis. The person may think that someone is standing beside them or they may hear strange sounds. These may be dreamlike, possibly causing the person to think that they are still dreaming. Often it is reported as feeling a weight on one's chest, as if being underneath a person or heavy object.

These symptoms can last from mere seconds to several minutes (although they can feel like much longer) and can be frightening to the person. There may be some body movement, but it is very unlikely and hard for a person to accomplish.

So???? Ahhh I am soooo confuseeeeeeeeeeee!!!

Tuesday, January 13

.. ini ada sedikit gambar ..

saya dan resaksa biskut

Anis dan resaksa biskut

Kami

haha aku suka ini gambar

This is us. Keep this FRIENDSHIP forever ok!!

.. taktau ..

Asalammualaikum dan salam sejahtera.

Skrg ni kecoh pasal perang, Israel dan Gaza. Sebenarnya aku ni bukan tau sangat hal2 politik. Paper pon jarang baca kan. Tapi sedih sangat la. Tak pasal2 kena tembak, kena bom, kena sembelih. Gila tak berhati perut. Memang takde cara nak lawan, kita cuma boleh berdoa supaya tentera Israel insaf [mustahil]. Dan berdoa umat2 Islam selamat. Dan ALLAH telah berjanji, setiap perkara walaupun sekecil zarah, tetap ada balasannya. Sabarlah. Sabarlah.

Update!!! Gambar melancong ke KLCC telah diupload kat Facebook. Sila lah usha. haha.

Hari ni aku sedih sebenarnya. Dan aku masih berfikir, patut atau tak patut aku marah dan merajuk? Korang tak payahla teka apa atau siapa yang aku marahkan / merajukkan, insyaALLAH tak betul punya. haha. Dan aku pon takkan bagitau. Saja ja nak tulis, dah takde benda sangat nak tulis ni. Aku sedang belajar mengawal amarahku ini. Alhamdulillah, setakat ni ok. Walaupon aku rasa memang patut aku merajuk. huhu.

Oh ya. AKU KENA TINDIH MALAM TADI. Dalam pukul 2.15am - 2.30am. Aku baru lelap kot masa tu selepas ber mesej2 dgn encik bf. huh. Sedap tido, tetiba rasa berat je badan aku. Nak pusing pon tak bleh. Bukak mata, nampak situasi bilik aku. SAH! Kena tindih la tu. Aku dah biasa dah kena. Tapi ni first time yang jadi kat bilik ni. So ok. Aku pon mulakan aktiviti menggerakkan anggota kecil kecil; jari tangan dan kaki. Berjaya! Tapi wadehel? Masih ditindih! Dan kepala aku seperti ditekan tekan. Aku try jerit, ALLAHU AKBAR! Aku dengar suara aku, tapi roomates aku tak terjaga pon? Something goes wrong somewhere. haha. Dah lima nam kali sebut nama ALLAH tak jadi pape, aku pon menjadi geram. arghhh! Badan aku rasa berat sangat, letih and penat gila. Aku lawan jugak. Ada la dalam 10-15minit camtuh. fuhhh. Penat wey. Lalu, selepas bertarung tu, akhirnya dapat jugak aku bangun, dan terus duduk. SERIOUSLY aku termengah mengah. Macam semput gitu. Tak habis disitu, mata aku jadi berat giler, mengantuk giler la wei. Takbleh tido ni. Kang tak jaga terus aku. huhu. Tapi dah pkl 3 pagi tu ko nak buat apa kan? Takkan nak layan Facebook plak. haha. So aku pon baca la 4 Qul dgn ayat Qursi. Hembus kat tapak tangan dan sapu seluruh anggota badan [kecuali tapak kaki dan kemaluan]. Aku baring pon mengiring. Dan aku taktau pukul berapa aku tertido. Sedar2 dah 8.24am setelah henpon aku bervibratean sekelian lama. oh Lin call! Hari ni kelas pkl 8.30am la! adoiii. Ponteng ah jawabnye. haha

Berbalik kpd true story tadi, bf aku cakap tu sindrom paralysed semasa tidur. Mak aku pon cakap. Tapi??? Sebab kejadian tindih menindih ni memang wujud kan. Lagipon roomate aku sendiri mengalaminya, so apa pendapat korang?

Monday, January 12

Saturday, January 10

.. berceloteh ..

Asalammualaikum dan salam sejahtera.

Siang tadi aku jumpa kawan kawan lama masa kat KMPP dulu; Anis, Cookie and me. Keluar UiTM pon dah pukul 12 pm kot. Me and Cookie met Anis at KL Sentral.

Haha. Aku dengan Cookie yang jarang keluar KL ni, sangatlah jakun jadinya. haha. Nasib baik la jumpa Anis kat sana. Kalau nak suruh jumpa kat LRT Masjid Jamek, memang ntah sampai mana dah kitorang. ;p

Kitorang makan makan kat food court KL Sentral tu. Then pi KLCC.

Tau tau jelah KLCC. Semua kedai branded, mahal mahal. Nak masuk pon segan. Memang tak boleh belah la, pi KLCC semata mata beli cookies Famous Amos! Macam kat Shah Alam ni takde kan. haha

Dah agak petang sikit tu, kitorang pon lepak la kat taman KLCC tu. Aku suruh Anis bawa SLR dia. Tapi nasib agak malang, memory card dia full. So tak banyak gamba yang dapat diambil. Tapi yang paling sedih tu, digicam si Cookie jatuh kot. Fuhhh. Jatuh tu pulak masa lens dia tengah membonjol keluar tu. Memang best la kan. Hari ni jugak nak jatuh. Kalau nak jadi tu, memang jadi jugak. Sabar jela Cookie oih. Kitorang memang bersimpati. T_T

Gamba gamba semua ada kat dlm SLR Anis, so tak dapat nak upload lagi la. Later kalau dia dah bagi baru bleh upload. hehe.

Tapi hari ni memang best la. Feeling jumpa kawan kawan lama tu, memang syiok. haha. Kita kena buat gath camni banyak banyak lagi weh. So kawan lama kalau nak jumpa, habaq ja kat cheq. Tak sabar nak bercuti dengan teman teman lama. Fuhhh. Sem ni memang aku banyak bercuti ni. Seronotnyaaaa!

Eh, aku beli jam lagi. haha. Cam biasa la, jam RM10. I mana mampu nak pakai branded punya. Tak macam you, jam RM29.90 pon you gelak gelak. Ish.

Pastu ada lagi satu cerita. haha. tajuk dia DISABLED. hahaha
Aku nak pulang ngan Cookie ni, naik rapid u80. Bas sesak cam biasa la, so kitorang kena berdiri. Aku berdiri betoi2 depan mamat bangla ka sri lanka ntah. Tapi bukan orang Malaysia la. Diaorang dapat duduk. Tiba tiba salah sorang tu bangun, and suruh aku duduk. Aku cam terkejut la, dok pikir aku ni ada rupa cam orang tua ka, takpun perut buncet sangat ka sampai dia ingat aku pregnant ladies. Or maybe dia rasa aku disabled kot, takdak kaki. Aku dah cam nak tergelak gelak dah kot. Orang pon pandang semacam. Tapi dah orang bagi duduk, apa lagi kan. Then that guy suruh kawan dia bangun, and bagi sorang pompuan duduk. Orang belakang dok gelak and macam "wahhh wey dia bagi pompuan duduk!!". hahaha gila la malu.

Cookie tak dapat duduk so okeyla kan. Sampai kat Pasar Seni, dua orang asing tu turun. And ramai gak turun. Ada satu seat kosong tepi aku, ada laki Melayu tu, tapi dia tak duduk. Aiseh, gentleman la kot. Sebab dah orang bangla tadi bagi aku duduk kot yang dia tak sanggup duduk. So dia pon bagi Cookie duduk. haha seronok! Tak payah lenguh kaki 30minit dari KL sampai Shah Alam tu kena berdiri. We're blessed! :)

Pastu kitorang lepak kat PAS. Usha cameras yang lawa gila, harga bleh tahan la. 10mp dgn 2gb memory card, dapat rm8++ okeyla kan?

oh anyway, ada sikit gamba dari hp aku.

kami bertiga kat taman KLCC

Anis dan SLR nya.

Aku pon amik kesempatan. Tak macho langsung.

Cookie pon nak jugak!

Dan aku pon syok sendiri.

yang paling penting, jam dan gelang baru saya!


Hmm. Okey tu saja untuk hari ini. Bye!