Thursday, November 5

ALHAMDULILLAH

sesungguhnya Allah menjanjikan yg lebih baik untuk umatnya =)

this morning i received a sms:
fariza, tq for your enthusiasm. have got 2 chemist with cars now. hate to let you go. will definitely kiv your resume. tq. wong. -from Kesuma Sdn Bhd, Subang Jaya

i was like, oo okay. takde rezeki kot. takpe cuba lagi. so dr pagi sampai petang asyik surf cari keja je. hahaha. pulun ohhh.

then . . . . . received a call:

SI : hello, u must be noor fariza
me: yes i am
SI: calling from smart ink sdn bhd
me: yes i know [sebab save number dia haha]
SI: so when can u start working?
me: ............. wht do u mean?
SI: when can u start?
me: u mean, i get that job or not? [broken abes]
SI: yes yes, u got the job
me: really????????????????
SI: yes.. so when can u start?
me: immediately!
SI: tomorrow can ah? hahaha
me: haaaaaaa?
SI: hahaha okey so can u come on monday?
me: yes sure
SI: see u on monday and we'll show u around
me: ok ok thank you!!
SI: ok bye
me: byeeeeeeeeeeeeeeeee [smile like hell hahaha]

so yeah, I GOT THE JOB!!!! finally~ alhamdulillah.. betapa Allah sayangkan aku. cepat ke dia cari penenang hati aku. sgt sgt bersyukur. hehe.

so i'll be working as a CHEMIST at SMART INK SDN BHD, starting this monday.

good luck for me!!



agak cuak sebenarnye. haha

Monday, November 2

rojak dan pasemboq

haha ini entri campur baur. random random.

1. previous post aku ada cakap nak cerita pasal sesuatu perkata yg berlaku masa event breakfast with orphans kan. things were messy dr mula lagi pon. actually our team adalah org2 yg x penah pegang any 'leader' title dlm GEMS tu. so our site manager suruh la kitorg organize. so dgn experience pon xdak kan haha~ oh cut it short ok. time event tu, aku mmg ah gelabah gila sbb slide aku yg jaga. i mean, slide, lagu2 semua aku yg handle la. tp sbb preparation pon mcm taik [even tido pon 2jam je] maka jadi lah satu problem. actually problem tu bermula dr awal lg. suppose aku ready 16 minutes slide sahaja tapi tiba2 vip masuk hall 20 mins early. dahtu speech patut 10 mins tp dia ckp 2 min tak sampai. homaigod! so aku ada 40 mins utk cover ko tau. time tu nak tunggu azan maghrib. so i was like................. mampos aku!!! tp nasib baik ada team yg supportive. the emcees [sue n ayap] pon pandai cover, then the choir team naik stage n perform. sorry sgt buat korang kalut huhu. pastu kak tie pon bagi speech kejap. thanks kak tie muahh! pastu left out lg 8 mins so takpela kan. time tu aku just pasang nasyid. tp alhamdulillah ramai jgk tak detect ke-kelamkabut-an itu. haha moral of the story, prepare awal2 dan expect for the unexpected!! =)

2. pasal on-site training GEMS tu, aku dah resign. mula2 TNB -> sent to tiara bina tapi miscomm dgn khazanah kot so they sent me to -> mattel. mattel ni ok, i was in chem lab department so mcm kena sangat la kan. tp lab tu ada 2 org kakak n makcik so adalah tak best utk berborak hahahaha. tp ada lg bdk GEMS site lain n dorg ok tp ada jgk yg kerek. environment kilang tu ok dan best jugak la walaupon aku dah sesat 2 kali masa tu hahaha. tapi, i HAVE TO resign sbbnye transport takde. u know aku pon penakot nak drive kan. maka menyusahkan bapak aku nak anta dan amik aku. dahla dia kena anta adik aku skolah dan both of us masuk keja n skolah 7.30am. skolah adik aku ngn mattel tu 40 mins jugak la so i decided to resign T___T

3. interviews i attended still tak dapat respon. depa tak call lagi and i'm still waiting. hooho~ maybe by this week kot. hmmm mintak2 dapatla salah satu. amin..

4. my convocation was held on oct 22, 09!! yeah. awesome! 3 tahun berhempas pulas belajar subjek yg tak minat dah susah finally dpt jugak menggenggam ijazah. hahah =) thanks beloved family yg dtg [family abg pon ada] dan kawan2, tengs for for support.

okeh tata!

Tuesday, October 6

keluh kesah bersama kak esah

tajuk nak gempak. cehhhh~ banyak sebenarnya nak upload. tapi nafsu terhadap blogging makin lama makin berkurang. maaf la ye. hahaha. pasal GEMS tu terrsangatlah banyak story mory nye. aku pon nak blog sbb nanti lama2 jadi lupa. aku buat summary jela k.

FAKTA-FAKTA KETIKA AKU KAT GEMS FRT 02:
1. first week aku group Luxury, dgn Mr. Syukri [husband Dr. Noriham]. best gila Dr. Syuk ni. suke3!
2. masa opening ceremony aku masuk choir team. lekatla sampai 2.5 bulan tu ha.
3. business english group 5. dgn Sir Wijen!!! he is the best =) time talent day, choral speaking and poem kitorang FIRST PLACE! ;D drama hancus sikit ye, 3rd place. tp takpe, we strive for the best. ingat ingat . . . stay humble, stay simple and be the best!
4. pastu company JJJ and myway terlibat dgn carnival project. hahaha! aku bwh marketing department dgn aiman, al, icha, imah dan juga nad. kitorg dah buat yg terbaik.. malahan terlebih baik kot. tp carnival tu kureng berjaya. sbb ape??? no comment.. huhu.. but still enjoyed the moments masa buat marketing tu. best walaupon penat sangat =)
5. next project plak, community service. aku involved sbg fesi bdk2 kg rahmat tu. enjoy sangat~ tp budak2 tu mmg nakal la. x smpt jumpa mak angkat aku!!~ uwaaaaaa
6. pastu ade break fast with orphans. time ni aku head multimedia department. cam hampehhhhhh. ada peristiwa berlaku ye ketika itu. later la stori. =p
7. grand dinner!! yg ni paaaaaaaaaaaaling best. aku jd usher vip. hahaha.. penat prektis sampai 3 pagi, tlg dak2 deco [padahal tlg tgk je]. cam fun sgt la.. =) dahla chinese cuisine tu sangat sedap. seriusly.. pandai korang~
8. closing ceremony plak ok jugak la. myway yg organize walaupon kalut2 jugak.
9. aha anyways, aku penah dikuarantin sbb suspected h1n1 tau. sadis gila~ aku antara org2 terawal kena pakai mask. p mane2 pon kene pakai. org2 lain cam takut2 nk dkt2 ngn kitorg. ciss. tp alhamdulillah, dmm biasa je.
10. dan ada skali tu sakit gigi. perghhh.. bengkak gusi aku.
11. pastu time break fast with orphans, grand dinner dan closing tu, aku x dpt masuk choir team. sedey siottt. yela dah ada tuga lain kan, xde maknanya nk rebut semua. huhu..

papepon aku enjoy sangat2 2.5 bulan kat sana. byk sgt benefit.. sapa2 nak join tu aku galakkan. =)

tp skg pening pasal placement. memula TNB, tp kena rejek sbb course x relate. td dpt plak kat company construction, TIARA BINA SDN BHD. alhamdulillah, kat penang. aku suke!! yela elaun 1k je kan, mana cukup kalau nak dok KL or johor. huhu.. last week ada interview post junior chemist kat subang jaya. alhamdulillah it was okey. ada jugak x leh jawab tp kebanyakkannya bleh. guess what? td Ms Wong sms suruh dtg interview 2.30pm. hari apa dia x ckp plak. tp aku x leh nak p la sbb aku dah ada kat penang kan. unless dia bg postpone sampai 21 oct nanti. time tu je leh p. takpe kalau x dpt pon, takde rezeki kot. =)

tu je kot nak cite. anyway skg ni aku tgh flu, fever sikit.. batuk2 lg. wo bu hao la kan. 22hb nanti aku konvo. datanglaaa!~ =)

Monday, September 28

tak ada mood

huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! today is the firrrrrrrsst day of kindergarten.. eh!!! first day of internship la.. most of GEMS participant tgh bekerja sekarang.. huaaaaaaaaaa jeless!!!! i am supposed to be placed at TNB tp since x dpt any confirmation emails/calls, aku masih disini, menanti dan terus menanti.. risaunya..

dok kol lapan ribu lapan ploh lapan kali dah tp still x dpt reach mr. ardi, person incharged utk placement ni. satgi pkl 11 aku kol balik la.. huaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak nangis je rasa..

mcm nak mintak tukaq la.. nak try ccm.. ccm????!! huhu.. sedikit sedih disitu ye kawan2.. tetibe rasa malas terus nak ccm.. try mbsb la, leh sama ngn syer.. yahuuuuuu!! tapi, boleh ke???? try jela..

patutnye ada interview today tp aku postpone friday.. kat Kesuma, Nylex subs kat sbg jaya. i am so takut. 1st interview la katekan.. post of junior chemist.. tp cam jauh dan susah la plak.. kalau gaji dia >1500 aku accept.. wah wah x p interview lagi dah deman ko.. wakakaka~

okeyla bai. nak main game, mengubat hatiku yg lara..

Friday, September 18

saya kembali!

haha. like anyone cares. okeh~ 2 and half months training at GEMS dah berakhir. banyak sgt bende nak stori mori disitu. tapi.... maybe lepas raye la kot kan. skg ni cam bizi nak kemas umah ape semua. BAJU RAYA PON TAK BELI LAGI. uwaaaaaaaaaaa~

till then, salam~

Thursday, July 9

perkara perkara

haha. bosan dah main game kat facebook maka marilah kita blog. supposedly kena packing barang sebab ahad ni dah nak pi trolak tapi biasalah, MALAS. hahaha

ok mari. kita buat random facts tentang saya dan kehidupan saya [haih bosannya]

1. tak suka mandi. kah2! bukan la kambing ye, tapi memang tak suka mandi. kecuali la rasa belengaih yg terlampau + panas + rimas + period. muahaha. tu pon gigih gak tunggu sejam dua dulu baru angkat bontot.

2. i ada kulit tapak tangan yg nipis tau. selalu sangat kena papercut. pastu kalau pegang benda2 sejuk, mmg jadi rasa sakit gila. sama gakdgn benda panas, padahal org lain biasa je. boleh jadikan alasan taknak masak tak???

3. tak pernah pon berparti. seriusli! hahaha. ala, parti la, u know. yg campur2 boys and girls. dancing whatsoever semua tu. tak penah. birthday parties je i attend. memang tak suka pon, dan maybe sebab parents tak pernah bagi dari kecik sampai sekarang. alhamdulillah.

4. saya ni kalau kurus, muka cengkung doh. jadi tak elok. ala cengkung tu yg mcm amyza adnan tu ha. cengkung kn muka dia. camtula saya kalau kurus. camno ni..

5. kalau dapat majalah ke, buku ke ape ke, mesti bukak page last skali dulu. hahahah. nampak sgt seorang yg tak sabar. cet

6. dulu i lebih rapat dengan boys. sebab i tak suka perempuan2 gedik dan hegeh. tapi sejak berboifren ni, mana boleh rapat dgn boys. makanya terpaksa jugalah berhadapan dengan gediks girl.

7. haa kalau korang [bajet mcm ramai baca] tau, aku tak makan pedas sangat. biasa2 je. bayangkan, sos cili kimball ke maggi ke tak kisah jenama apa pon, masa darjah 6 baru aku makan tau? unbelieveable. hahahha. sambal belacan plak, masa form 5 kot baru telan. gahaha

8. i like money!!!! haih suka gila. apa2 hal pon mmg pikir duit dulu. tak kisah la nak cakap gila duit ke ape jadah pon, aku tau ah ape aku buat. dunia skrg ni, no money no life la. dan skrg saya membantu seseorang mendapatkan duit. bisnes2. cehaaaaaaaaaaaaa~

9. saya dah grad. hihi~ seronok pon ada, sedih pon ada. haihh.

10. saya tak suka kaler pink. hahaha. spesifiknya, pink yg melekat pada tubuh badan i.e; baju, tudung, kasut, mekap2 dan juga beg. tapi kalau stuff lain2 suka je. pink is cuteeeee. cumanya ia terlalu soft utk org ganas spt saya. ganas keeeeeeeeeeeeee?

11. mak bapa saya straight ohh. mak je kot, bapa tak. kecik2 dulu saya takleh ada kawan laki doh. kawan pon tak dapat maaa, apetah lagi couple. tapi alhamdulillah, mmg betul tindakan mak saya tu. kalau tak confirm dah meghenyeh dgn jantan mane tak tentu hala kan kan kan.

12. i ni pendiam tau. sila percaya. i cakap bila i rasa nak cakap. tak percaya ke? tanya my mom ah. dengan parents pon tak banyak cerita. kat rumah stori mori dgn my sister je kot, dan kucing2. hahahaha. dgn kawan2 pon, yg close je. yg lain2, rasa cam segan dan silu sikit. kahkahkah geli i.

13. tgn kiri i ni mcm paralysed sikit. bukan ape, sebab dia tak digunakan sangat. daily guna pon just utk basuh taik [!!!] dan koreng idong [!!!!!] dan juga menekan keypad bahagian kiri keyboard sahaja. so kalau cam pegang ape2 pon, tak berani guna tgn kiri. kalau nak tgk self portait [ayat kena gempak] guna tgn kiri, komfem dah ketaq bulu HAHAHA KETAQ gambaq tu. gegar2 jadinya. dan kalau pegang borang masa kat driving school ke, jpj ke, bank ke, jgn la ingat saya gementar lalu tangan terketar. tidak tidak.

14. khabar angin menyatakan dulu mak saya nak letakkan nama saya NOOR FARISA. geli tak geli tak? haih geli la weh. cam eeuww eeeEeww eeuUUWWww ok lebih sudah. saya suka nama sekarang lebih2 lagi bila digabungkan dengan nama bapa; NOOR FARIZA BINTI MOHAMMAD FAUZI rasa mcm semart giler ah [first time puji nama sendiri, kasi can la okey]

13. suka tengok org pakai braces. hahahaha kiuttttttttttt. tp yg girls jela ye. yg guys, nak pakai braces pakai la masa kanak2. ni dah besar gedabak sebok nak ikat gigi. hahaha teringin gak nak pakai walaupon gigi okey je, kecuali ada seketul gigi yg terkeluar sikit TIA DOK GELAK PA!

14. ok nanti sambung. hahaha memang tak la kan.


zaman bergelar pelajar. kwakwkakwkakwa

Monday, July 6

tak ada life

diari harian saya selama sebulan lebih.

10 pagi / 11.30 pagi (selalu) / 2 ptg (kadang2)
bangun tidur dan mengeliat. mungkin juga sambung tidur kembali.

setengah jam kemudian:
berjaya bangun dan menuju ke dapur. untuk basuh muka. kena higlight takut nanti ada yg salah faham.

ronda-ronda (ceh mcm rumah besar sangat) utk beberapa minit dan menuju ke dapur kembali.

12 tghari:
membasuh pinggan mangkuk dan mengelap meja. sesudah itu melihat mesin basuh sama ada baju kotor telah dibasuh atau belum. jika belum, membasuh mereka (?). jika sudah, menyidai mereka.

12.15 pm:
mari ke ruang tamu utk melihat apa boleh dilakukan. biasanya bantal2 kecil akan berselerakan, maka ambil dan susun. susun juga meja kecil di ruang tamu. sembunyikan sampah sarap dibawah sofa / meja kecil tersebut.

12.30 pm:
mengambil penyapu lidi dan penyapu biasa. gunakan penyapu lidi utk menyapu karpet. setiap hari pon habuk sungguh banyak. sapu dan sapu kemudian terdengan suara nun jauh dari dapur, "bawah sofa dah sapu?" oh men kantoi taktik aku. sapu dan sapu juga di celah sana sini, bawah sofa, bawah kerusi, bawah meja dan bawah kaki eh eh. makin lama makin enjoy proses menyapu.

12.41 pm:
kucing-kucing mula menunjukkan belang. aksi stan sana sini boleh kelihatan dimana mereka bergayutan diatas penyapu dan menyepahkan kembali habuk2 yg telah ku sapu. hoh! sapu kembali, sebab kucing comel punya pasal. hahaha.

12.45 pm:
siap menyapu. kalau abah beli suratkhabar, maka saya baca sebentar. sebenarnya cuma tengok gambar sahaja miahaha. jika ibu mahu masak, maka saya pon tolong, tengok. cet semua org pon tau. haha. selalunya tugasan diberikan adalah siang sayur (tak pasti adakah benar penggunaan 'siang' dalam ayat in) dimana mengambil masa hampir sejam. biasa la lembap. sebab itu ibu malas mintak tolong saya. yess taktik menjadi (tidak mengapa, mama tak baca blog ini =p=p=p)

1.30 pm:
siap memasak, eh siap siang sayur, tolong basuh pinggan lagi. yelah masa masak mesti ada benda2 kotor kan, mangkuk, sudu dan sebagainya. membasuh tanpa disuruh, kadang2 kena suruh baru basuh.

2.00 pm:
ibu pon siap memasak. saya masuk bilik dan online. check email dan buka facebook tengok siapa beat highscore saya. haha tak ini tipu. check notifications kejap. tengok2 gambar. pelawa kucing masuk bilik dan main dengan mereka. solat, jika tak uzur.

2.30 pm:
mungkin tertidur. jika tertidur selalunya terjaga 6.30 ptg. jika tak tidur, online sampai 6.30 ptg.

6.30 ptg:
menuju ke ruang tamu utk menonton tv cerita manjalara (isnin-khamis) sambun tengok cerita sampai 8.00 malam. makan lunch + dinner juga diwaktu ini.

8.00 mlm:
solat maghrib jika tidak uzur. dan menunggu waktu isya' juga.

9.00 mlm:
terdetik utk mengaplikasikan trackmill. hahaha baru dua kali sejak cuti ni. jog sejauh 1km pon sudah cukup penat. padahal jalan je kot. ngeh3. lepas tu rehat, tengok tv, cerita bionik pada malam isnin. dan america toughest job.

9.45 mlm:
mandi

10.30 mlm:
sama ada sambung menonton atau online. selalunya online. main game kat facebook. sampai lah 5 pagi. kadang2 tungguh subuh baru tidur. selalunya ter pengsan sebelum subuh.

5 / 6 pagi:
tidur

maka inilah daily routine saya. tak ada life. tapi mulai 12 july, rutin akan berubah memandangkan saya menyertai aktiviti GEMS di trolak. semoga hari2 mendatang adalah lebih sempurna.