Monday, July 6

tak ada life

diari harian saya selama sebulan lebih.

10 pagi / 11.30 pagi (selalu) / 2 ptg (kadang2)
bangun tidur dan mengeliat. mungkin juga sambung tidur kembali.

setengah jam kemudian:
berjaya bangun dan menuju ke dapur. untuk basuh muka. kena higlight takut nanti ada yg salah faham.

ronda-ronda (ceh mcm rumah besar sangat) utk beberapa minit dan menuju ke dapur kembali.

12 tghari:
membasuh pinggan mangkuk dan mengelap meja. sesudah itu melihat mesin basuh sama ada baju kotor telah dibasuh atau belum. jika belum, membasuh mereka (?). jika sudah, menyidai mereka.

12.15 pm:
mari ke ruang tamu utk melihat apa boleh dilakukan. biasanya bantal2 kecil akan berselerakan, maka ambil dan susun. susun juga meja kecil di ruang tamu. sembunyikan sampah sarap dibawah sofa / meja kecil tersebut.

12.30 pm:
mengambil penyapu lidi dan penyapu biasa. gunakan penyapu lidi utk menyapu karpet. setiap hari pon habuk sungguh banyak. sapu dan sapu kemudian terdengan suara nun jauh dari dapur, "bawah sofa dah sapu?" oh men kantoi taktik aku. sapu dan sapu juga di celah sana sini, bawah sofa, bawah kerusi, bawah meja dan bawah kaki eh eh. makin lama makin enjoy proses menyapu.

12.41 pm:
kucing-kucing mula menunjukkan belang. aksi stan sana sini boleh kelihatan dimana mereka bergayutan diatas penyapu dan menyepahkan kembali habuk2 yg telah ku sapu. hoh! sapu kembali, sebab kucing comel punya pasal. hahaha.

12.45 pm:
siap menyapu. kalau abah beli suratkhabar, maka saya baca sebentar. sebenarnya cuma tengok gambar sahaja miahaha. jika ibu mahu masak, maka saya pon tolong, tengok. cet semua org pon tau. haha. selalunya tugasan diberikan adalah siang sayur (tak pasti adakah benar penggunaan 'siang' dalam ayat in) dimana mengambil masa hampir sejam. biasa la lembap. sebab itu ibu malas mintak tolong saya. yess taktik menjadi (tidak mengapa, mama tak baca blog ini =p=p=p)

1.30 pm:
siap memasak, eh siap siang sayur, tolong basuh pinggan lagi. yelah masa masak mesti ada benda2 kotor kan, mangkuk, sudu dan sebagainya. membasuh tanpa disuruh, kadang2 kena suruh baru basuh.

2.00 pm:
ibu pon siap memasak. saya masuk bilik dan online. check email dan buka facebook tengok siapa beat highscore saya. haha tak ini tipu. check notifications kejap. tengok2 gambar. pelawa kucing masuk bilik dan main dengan mereka. solat, jika tak uzur.

2.30 pm:
mungkin tertidur. jika tertidur selalunya terjaga 6.30 ptg. jika tak tidur, online sampai 6.30 ptg.

6.30 ptg:
menuju ke ruang tamu utk menonton tv cerita manjalara (isnin-khamis) sambun tengok cerita sampai 8.00 malam. makan lunch + dinner juga diwaktu ini.

8.00 mlm:
solat maghrib jika tidak uzur. dan menunggu waktu isya' juga.

9.00 mlm:
terdetik utk mengaplikasikan trackmill. hahaha baru dua kali sejak cuti ni. jog sejauh 1km pon sudah cukup penat. padahal jalan je kot. ngeh3. lepas tu rehat, tengok tv, cerita bionik pada malam isnin. dan america toughest job.

9.45 mlm:
mandi

10.30 mlm:
sama ada sambung menonton atau online. selalunya online. main game kat facebook. sampai lah 5 pagi. kadang2 tungguh subuh baru tidur. selalunya ter pengsan sebelum subuh.

5 / 6 pagi:
tidur

maka inilah daily routine saya. tak ada life. tapi mulai 12 july, rutin akan berubah memandangkan saya menyertai aktiviti GEMS di trolak. semoga hari2 mendatang adalah lebih sempurna.

1 comment:

  1. apekata awak join saye main game online?kekeke...lagi xde life... balik opis==>lepas maghrib sampai 1 pagi adalah depan pc..haisss

    ReplyDelete

You say?