Thursday, July 9

perkara perkara

haha. bosan dah main game kat facebook maka marilah kita blog. supposedly kena packing barang sebab ahad ni dah nak pi trolak tapi biasalah, MALAS. hahaha

ok mari. kita buat random facts tentang saya dan kehidupan saya [haih bosannya]

1. tak suka mandi. kah2! bukan la kambing ye, tapi memang tak suka mandi. kecuali la rasa belengaih yg terlampau + panas + rimas + period. muahaha. tu pon gigih gak tunggu sejam dua dulu baru angkat bontot.

2. i ada kulit tapak tangan yg nipis tau. selalu sangat kena papercut. pastu kalau pegang benda2 sejuk, mmg jadi rasa sakit gila. sama gakdgn benda panas, padahal org lain biasa je. boleh jadikan alasan taknak masak tak???

3. tak pernah pon berparti. seriusli! hahaha. ala, parti la, u know. yg campur2 boys and girls. dancing whatsoever semua tu. tak penah. birthday parties je i attend. memang tak suka pon, dan maybe sebab parents tak pernah bagi dari kecik sampai sekarang. alhamdulillah.

4. saya ni kalau kurus, muka cengkung doh. jadi tak elok. ala cengkung tu yg mcm amyza adnan tu ha. cengkung kn muka dia. camtula saya kalau kurus. camno ni..

5. kalau dapat majalah ke, buku ke ape ke, mesti bukak page last skali dulu. hahahah. nampak sgt seorang yg tak sabar. cet

6. dulu i lebih rapat dengan boys. sebab i tak suka perempuan2 gedik dan hegeh. tapi sejak berboifren ni, mana boleh rapat dgn boys. makanya terpaksa jugalah berhadapan dengan gediks girl.

7. haa kalau korang [bajet mcm ramai baca] tau, aku tak makan pedas sangat. biasa2 je. bayangkan, sos cili kimball ke maggi ke tak kisah jenama apa pon, masa darjah 6 baru aku makan tau? unbelieveable. hahahha. sambal belacan plak, masa form 5 kot baru telan. gahaha

8. i like money!!!! haih suka gila. apa2 hal pon mmg pikir duit dulu. tak kisah la nak cakap gila duit ke ape jadah pon, aku tau ah ape aku buat. dunia skrg ni, no money no life la. dan skrg saya membantu seseorang mendapatkan duit. bisnes2. cehaaaaaaaaaaaaa~

9. saya dah grad. hihi~ seronok pon ada, sedih pon ada. haihh.

10. saya tak suka kaler pink. hahaha. spesifiknya, pink yg melekat pada tubuh badan i.e; baju, tudung, kasut, mekap2 dan juga beg. tapi kalau stuff lain2 suka je. pink is cuteeeee. cumanya ia terlalu soft utk org ganas spt saya. ganas keeeeeeeeeeeeee?

11. mak bapa saya straight ohh. mak je kot, bapa tak. kecik2 dulu saya takleh ada kawan laki doh. kawan pon tak dapat maaa, apetah lagi couple. tapi alhamdulillah, mmg betul tindakan mak saya tu. kalau tak confirm dah meghenyeh dgn jantan mane tak tentu hala kan kan kan.

12. i ni pendiam tau. sila percaya. i cakap bila i rasa nak cakap. tak percaya ke? tanya my mom ah. dengan parents pon tak banyak cerita. kat rumah stori mori dgn my sister je kot, dan kucing2. hahahaha. dgn kawan2 pon, yg close je. yg lain2, rasa cam segan dan silu sikit. kahkahkah geli i.

13. tgn kiri i ni mcm paralysed sikit. bukan ape, sebab dia tak digunakan sangat. daily guna pon just utk basuh taik [!!!] dan koreng idong [!!!!!] dan juga menekan keypad bahagian kiri keyboard sahaja. so kalau cam pegang ape2 pon, tak berani guna tgn kiri. kalau nak tgk self portait [ayat kena gempak] guna tgn kiri, komfem dah ketaq bulu HAHAHA KETAQ gambaq tu. gegar2 jadinya. dan kalau pegang borang masa kat driving school ke, jpj ke, bank ke, jgn la ingat saya gementar lalu tangan terketar. tidak tidak.

14. khabar angin menyatakan dulu mak saya nak letakkan nama saya NOOR FARISA. geli tak geli tak? haih geli la weh. cam eeuww eeeEeww eeuUUWWww ok lebih sudah. saya suka nama sekarang lebih2 lagi bila digabungkan dengan nama bapa; NOOR FARIZA BINTI MOHAMMAD FAUZI rasa mcm semart giler ah [first time puji nama sendiri, kasi can la okey]

13. suka tengok org pakai braces. hahahaha kiuttttttttttt. tp yg girls jela ye. yg guys, nak pakai braces pakai la masa kanak2. ni dah besar gedabak sebok nak ikat gigi. hahaha teringin gak nak pakai walaupon gigi okey je, kecuali ada seketul gigi yg terkeluar sikit TIA DOK GELAK PA!

14. ok nanti sambung. hahaha memang tak la kan.


zaman bergelar pelajar. kwakwkakwkakwa

Monday, July 6

tak ada life

diari harian saya selama sebulan lebih.

10 pagi / 11.30 pagi (selalu) / 2 ptg (kadang2)
bangun tidur dan mengeliat. mungkin juga sambung tidur kembali.

setengah jam kemudian:
berjaya bangun dan menuju ke dapur. untuk basuh muka. kena higlight takut nanti ada yg salah faham.

ronda-ronda (ceh mcm rumah besar sangat) utk beberapa minit dan menuju ke dapur kembali.

12 tghari:
membasuh pinggan mangkuk dan mengelap meja. sesudah itu melihat mesin basuh sama ada baju kotor telah dibasuh atau belum. jika belum, membasuh mereka (?). jika sudah, menyidai mereka.

12.15 pm:
mari ke ruang tamu utk melihat apa boleh dilakukan. biasanya bantal2 kecil akan berselerakan, maka ambil dan susun. susun juga meja kecil di ruang tamu. sembunyikan sampah sarap dibawah sofa / meja kecil tersebut.

12.30 pm:
mengambil penyapu lidi dan penyapu biasa. gunakan penyapu lidi utk menyapu karpet. setiap hari pon habuk sungguh banyak. sapu dan sapu kemudian terdengan suara nun jauh dari dapur, "bawah sofa dah sapu?" oh men kantoi taktik aku. sapu dan sapu juga di celah sana sini, bawah sofa, bawah kerusi, bawah meja dan bawah kaki eh eh. makin lama makin enjoy proses menyapu.

12.41 pm:
kucing-kucing mula menunjukkan belang. aksi stan sana sini boleh kelihatan dimana mereka bergayutan diatas penyapu dan menyepahkan kembali habuk2 yg telah ku sapu. hoh! sapu kembali, sebab kucing comel punya pasal. hahaha.

12.45 pm:
siap menyapu. kalau abah beli suratkhabar, maka saya baca sebentar. sebenarnya cuma tengok gambar sahaja miahaha. jika ibu mahu masak, maka saya pon tolong, tengok. cet semua org pon tau. haha. selalunya tugasan diberikan adalah siang sayur (tak pasti adakah benar penggunaan 'siang' dalam ayat in) dimana mengambil masa hampir sejam. biasa la lembap. sebab itu ibu malas mintak tolong saya. yess taktik menjadi (tidak mengapa, mama tak baca blog ini =p=p=p)

1.30 pm:
siap memasak, eh siap siang sayur, tolong basuh pinggan lagi. yelah masa masak mesti ada benda2 kotor kan, mangkuk, sudu dan sebagainya. membasuh tanpa disuruh, kadang2 kena suruh baru basuh.

2.00 pm:
ibu pon siap memasak. saya masuk bilik dan online. check email dan buka facebook tengok siapa beat highscore saya. haha tak ini tipu. check notifications kejap. tengok2 gambar. pelawa kucing masuk bilik dan main dengan mereka. solat, jika tak uzur.

2.30 pm:
mungkin tertidur. jika tertidur selalunya terjaga 6.30 ptg. jika tak tidur, online sampai 6.30 ptg.

6.30 ptg:
menuju ke ruang tamu utk menonton tv cerita manjalara (isnin-khamis) sambun tengok cerita sampai 8.00 malam. makan lunch + dinner juga diwaktu ini.

8.00 mlm:
solat maghrib jika tidak uzur. dan menunggu waktu isya' juga.

9.00 mlm:
terdetik utk mengaplikasikan trackmill. hahaha baru dua kali sejak cuti ni. jog sejauh 1km pon sudah cukup penat. padahal jalan je kot. ngeh3. lepas tu rehat, tengok tv, cerita bionik pada malam isnin. dan america toughest job.

9.45 mlm:
mandi

10.30 mlm:
sama ada sambung menonton atau online. selalunya online. main game kat facebook. sampai lah 5 pagi. kadang2 tungguh subuh baru tidur. selalunya ter pengsan sebelum subuh.

5 / 6 pagi:
tidur

maka inilah daily routine saya. tak ada life. tapi mulai 12 july, rutin akan berubah memandangkan saya menyertai aktiviti GEMS di trolak. semoga hari2 mendatang adalah lebih sempurna.

Sunday, July 5

saya ada satu persoalan

mengapakah laman web Friendster tidah dapat dilayari ketika ini? mengapa????

gambar bamgar

introducing to you.. my only brother~
ini lah namanya pekebun kecil. atau lebih tepat, pencuci longkang.

masih lagi dgn si abang kerana adik belum dilahirkan [seluar sama siot]


adik sila jangan berkecil hati. siapa suruh bergembira didalam perut takmau keluaq kan. ha kan dah tak disenaraikan dalam Kanak-Kanak Paling Comel.

Friday, July 3

takde bende sangat nak update

lagipon bukan ada orang baca. poyo je. hahaha

lama dah aku nak tulis pasai ni, tapi cam malas. tapi hari ni nak jugak blog walaupon tak berapa rajin. nak cerita ttg ex-kawan2 aku. haahaha. boleh? boleh ex ex camtu? memang boleh. muahaha. aku ada 4 orang kawan ni. mari namakan mereka; I, N, S dan A. dah jadik INSA dah. takpon ANIS. takpon SINA ok dah diam fariza.

masa sekolah dulu, aku takde la rapat sgt dgn depa ni [ceh tetiba nak cakap utara]. kawan biasa2 jela kan. tapi penah la sekelas, penah la makan sama2, penah la gosip sama2 dan yg paling penting, penah menyertai kawat KRS sama2. persahabatan kitorang ni diteruskan sampai la masing2 masuk alam U. dan kolej. haa camtu.

tapi, aku tak ingat zaman bila tahun bila, masa aku nak view Friendster si I ni, tengok2 dia buat private. aik? padahal dah add as friend dah lama kot. pastu aku pon view ah fs si N dan jugak A. semua pon dah private, maknanya depa dah delete aku from friends list. aku cam pelik ah kan, sampai skg pon aku xtau apa puncanya. aku ada la send msg tanya depa, banyak kali jgk ah, tapi sorang pon tak respon. sedih jugakla, sebab taktau apa punca. masa tu si A, N dan I ni tak rapat sangat dengan si S. so aku view fs S, masih boleh tengok la. dia tak delete, sampai sekarang. dah depa delete, aku pon add la balik kan. kot2 depa ter delete ke apa. see.. mcm tak malu je, org tak sudi, aku kalut nak add. tapi sebab fikir kawan lama kan. last2 tu aku msg aku cakap ah, sorry kalau aku ada buat salah kat korang. haa camtu, tapi still, masih takde respon.

kat facebook, aku try jugak ah add si I, tapi mestila tak approve kan. si S yg add aku. so fine la. means aku just ada masalah dgn si A, N dgn I je. tak kesah. yg S ni aku sedikit kesah sebab dia sama uitm dengan aku. even tak penah jumpa pon, tapi rasa cam aku lebih rapat dgn dia la sebelum ni. tapi lately, S pon delete aku dari facebook dia. perasaan pelik datang kembali. so aku pon msg la dia, "aik? aku tadak dlm list fren ang?" dan dia tak reply. so.. apa nak buat kan.

korang penah tak berada dalam situasi ini? yg peliknya, aku taktau apa puncanya. mungkin aku ada buat salah, tapi be gentleman la walaupon korang bukan man. face to face cakap apa masalah. aku ada mintak tolong member aku yg merupakan member diorang jugak, si D. D pon gi ah tanya dan depa ada cerita kot. tak pasti. means D pon dah tau punca masalah kitorang, sedangkan aku sendiri taktau. D just cakap kat aku, si A cakap "benda lama.. abaikan je" abaikan? kalau abaikan, approve la friend request aku.

to A, N, I dan S, you guys know who you are kan, in case korang baca blog aku ni. firstly, aku nak mintak ampun mintak maaf utk segala salah dan silap aku selama kita kenal. aku seriusli tak dapat detect langsung apa salah aku kat korang. aku tak penah pon rapat dgn korang, just rapat time kawat je kan. tapi tak kesah ah kalau korang taknak cakap pon. cuma, lupakan jela apa yg telah berlaku, benda2 lama. mungkin betul aku salah, or mungkin korang salah paham. jangan sampai jadi fitnah pulak, dosa tau.

aku taknak gaduh2 dengan korang. dah bertahun tak contact. kalau korang nak buang terus aku dalam life korang, aku ok ja. cuma, tak payah la korang nak buruk2kan nama aku kat sorang sorang. i am not perfect, korang pon sama jugak. nak cakap aku jahat, korang selamba je free hair tak hengat. so korang pon tak perfect kan. anyways I, congrats for your engagement. aku tau time hang kawin nanti hang takkan jemput aku. =)

lega sikit. finally dapat jugak aku luahkan. whatever it is, korang still kawan aku. tak pernah aku putus sahabat. walapon aku pernah ditipu dan dianiaya. just remember, NOBODY IS PERFECT. so dont simply judge people, ok? =)

Thursday, July 2

di tek oleh yaya

hahahahaha ok. TAGGED.


1. Kekasih saya adalah : lelaki yg telah menjalinkan hubungan dengan saya selama dua tahun

2. Saya sedang mendengar : bunyi kipas

3. Mungkin saya patut : tidoq

4. Saya baru sudah : makan coq peneram

5. Beza rakan, sahabat, kawan : rakan sgt skema, sahabat macam guna dalam dunia IT je sesuai, kawan paling sempoi

6. Saya tidak faham : diri sendiri yang suka tido lambat bangun lambat

7. Saya perlu mencari : personaliti diri sendiri

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : "bye"

9. Makna kehidupan : penuh dgn dogaan dan cabaran

10. Cinta itu adalah : tak perlu jiwang sangat sampai cerita kat blog dah macam blog boifren, sempoi2 cukup

11. Saya paling suka : kucing yang comel [ok jujur ni]

12. Saya akan cuba : tidak selalu mengkomplain

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka : tak update la u ni, skg guna LEWW cth ayat [tgk i baik siap kasi contoh]; alewww.. takpeleww.. i ok jewww.. tak geli sangat leww.. SO EUW KAN

14. Telefon bimbit saya : cepat kehabisan bateri. mengapakah?

15. Katil saya : ada bantal, teddy, laptop, headphone, botoi ayaq, minyak yu yee, telefon bimbits, surat saman kamarudin & partners, external hdisk, selimut dan paling tak boleh belah, pamplet HIMPUNAN LEMAK MENJEJAS KESIHATAN. cara nak perli yang ter sopan.

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : tanya pi la soalan apa pon, tapi sukati aku nak jawab ke tak. ekeke

17. Teknologi adalah : dah jadi kewajipan pada setiap individu

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak : siapa kata saya pandai memasak? siap nak kata PALING pandai. oh pandai ye perli.

19. Semalam : saya tak puasa

20. Hari ini : insyaAllah puasa

21. Malam ini saya akan : akan berbuka puasa

22. Esok pula saya akan : masih lagi berpuasa

23. Saya betul2 inginkan : mosquito repellent, sudah tidak tahan dengan karenah mereka

24. Badminton atau futsal : lawnbowl

25. Karaoke : lagu jiwang adalah menggembirakan

26. Kereta : belum dipunyai oleh saya

27. Bilik yang terang atau gelap : bilik gelap untuk tidur

28. Makanan jepun adalah : biasa sahaja

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : morning

30. Siapa yang anda tag : terima kasih yaya

yeye

i dapat GEMS. google sendiri ah =p hmm lepas sebulan bercuti tanpa gaji, finally dpt jugak buat sesuatu yg berfaedah. dapat kat Trolak, Perak. felda abessssssssss. nama resort pon Felda Residence. muahahaha! so, no tv, no internet, no movies, no stay up sampai 5 pagi, no wake up masa matahari terpacak atas kepala, no no no, selama dua bulan setengah. fine la, posa sekejap. tihtih. eh sebut pasai puasa, dah nak dekat ramadhan dah. skg i tengah sibuk ganti puasa yang ebrbelas belas hari itu [tak masuk nazar lagi], uols dah ganti abes?

anyways, dua bulan setengah tu dapat ah elaun, rm700 kot. ok ah tu. ko tido resort kot, hotel 3 bintang lagi. FREE OF CHARGE. takde fees, makan free, dan program pon rileks je, cakap para senior ah. lps tu depa anta praktikal for 6 months kat mana2 company yg joint venture. big company kot semuaaaa. huh~ alhamdulillah la dapat, walaupon intake lambat. =)

okey now nak download movies banyak2 so nanti bosan boleh la menonton di sana. bye!