lagipon bukan ada orang baca. poyo je. hahaha
lama dah aku nak tulis pasai ni, tapi cam malas. tapi hari ni nak jugak blog walaupon tak berapa rajin. nak cerita ttg ex-kawan2 aku. haahaha. boleh? boleh ex ex camtu? memang boleh. muahaha. aku ada 4 orang kawan ni. mari namakan mereka; I, N, S dan A. dah jadik INSA dah. takpon ANIS. takpon SINA ok dah diam fariza.
masa sekolah dulu, aku takde la rapat sgt dgn depa ni [ceh tetiba nak cakap utara]. kawan biasa2 jela kan. tapi penah la sekelas, penah la makan sama2, penah la gosip sama2 dan yg paling penting, penah menyertai kawat KRS sama2. persahabatan kitorang ni diteruskan sampai la masing2 masuk alam U. dan kolej. haa camtu.
tapi, aku tak ingat zaman bila tahun bila, masa aku nak view Friendster si I ni, tengok2 dia buat private. aik? padahal dah add as friend dah lama kot. pastu aku pon view ah fs si N dan jugak A. semua pon dah private, maknanya depa dah delete aku from friends list. aku cam pelik ah kan, sampai skg pon aku xtau apa puncanya. aku ada la send msg tanya depa, banyak kali jgk ah, tapi sorang pon tak respon. sedih jugakla, sebab taktau apa punca. masa tu si A, N dan I ni tak rapat sangat dengan si S. so aku view fs S, masih boleh tengok la. dia tak delete, sampai sekarang. dah depa delete, aku pon add la balik kan. kot2 depa ter delete ke apa. see.. mcm tak malu je, org tak sudi, aku kalut nak add. tapi sebab fikir kawan lama kan. last2 tu aku msg aku cakap ah, sorry kalau aku ada buat salah kat korang. haa camtu, tapi still, masih takde respon.
kat facebook, aku try jugak ah add si I, tapi mestila tak approve kan. si S yg add aku. so fine la. means aku just ada masalah dgn si A, N dgn I je. tak kesah. yg S ni aku sedikit kesah sebab dia sama uitm dengan aku. even tak penah jumpa pon, tapi rasa cam aku lebih rapat dgn dia la sebelum ni. tapi lately, S pon delete aku dari facebook dia. perasaan pelik datang kembali. so aku pon msg la dia, "aik? aku tadak dlm list fren ang?" dan dia tak reply. so.. apa nak buat kan.
korang penah tak berada dalam situasi ini? yg peliknya, aku taktau apa puncanya. mungkin aku ada buat salah, tapi be gentleman la walaupon korang bukan man. face to face cakap apa masalah. aku ada mintak tolong member aku yg merupakan member diorang jugak, si D. D pon gi ah tanya dan depa ada cerita kot. tak pasti. means D pon dah tau punca masalah kitorang, sedangkan aku sendiri taktau. D just cakap kat aku, si A cakap "benda lama.. abaikan je" abaikan? kalau abaikan, approve la friend request aku.
to A, N, I dan S, you guys know who you are kan, in case korang baca blog aku ni. firstly, aku nak mintak ampun mintak maaf utk segala salah dan silap aku selama kita kenal. aku seriusli tak dapat detect langsung apa salah aku kat korang. aku tak penah pon rapat dgn korang, just rapat time kawat je kan. tapi tak kesah ah kalau korang taknak cakap pon. cuma, lupakan jela apa yg telah berlaku, benda2 lama. mungkin betul aku salah, or mungkin korang salah paham. jangan sampai jadi fitnah pulak, dosa tau.
aku taknak gaduh2 dengan korang. dah bertahun tak contact. kalau korang nak buang terus aku dalam life korang, aku ok ja. cuma, tak payah la korang nak buruk2kan nama aku kat sorang sorang. i am not perfect, korang pon sama jugak. nak cakap aku jahat, korang selamba je free hair tak hengat. so korang pon tak perfect kan. anyways I, congrats for your engagement. aku tau time hang kawin nanti hang takkan jemput aku. =)
lega sikit. finally dapat jugak aku luahkan. whatever it is, korang still kawan aku. tak pernah aku putus sahabat. walapon aku pernah ditipu dan dianiaya. just remember, NOBODY IS PERFECT. so dont simply judge people, ok? =)
Dah besar dah
-
Setiap pagi aku hantar Sabrina ke sekolah aku takkan lepaskan peluang untuk
berbual dengan dia tentang apa sahaja yang dia ingin katakan. Tentang
kawan-kaw...
No comments:
Post a Comment
You say?