Showing posts with label cerita harian. Show all posts
Showing posts with label cerita harian. Show all posts

Saturday, April 18

.. takde pape pon ..

i had a very nice 5-days vacation. kat mana? here, in my home. hahaha! bertolak dari shah alam selasa lepas, esok dah nak balik shah alam. huhu! bkn esok, tak sampai bape jam je lagi. wuaaaa malasnye. aku balik sbb tension study kat sana. hari2 maggi. maggi pon naik meluat tengok aku. wakaka! tak maggi, biskut. tak biskut, roti. tu je korang tau. pergh bleh gile aku kalau sebulan mcm tu. kolej aku takde kafe / dining, tula sbbnye. kalau hari2 sebelum ni, ade kls, bleh naik fac, makan kat cafe fac. skg ni bukak jugak, tapi aku malas doh nak naik fac. huhu~

best ok balik rumah. bukan ape, dpt makan banyak siot. dengan senang lenangnye. hahahha! ko sebut je nak ape, zassssssssssss sume dapat k. jgn jeles. yg penting ape yg aku idamkan aku dapat. wakaka! dpt makan masakan mama dan abah, chicken black pepper secret recipe, baked beans, roti + cheese + gula / roti + marjerin + gula. yummy! dpt mkn scramble egg buatan sendiri [ni je aku pakar] dan lain lain. heaven siot. adik aku ckp, diorang shopping kat tesco. mama dan abah asek ckp, "kakak makan ke ni ek?" waaaaaaahhhh terharu siot. i lobyu mami and dedi. :D

selain itu, dpt tidur diatas tilam ku, dibilikku. wahh takde yg lebih nikmat drp itu. ade yg jeles dah tu. wahahaha~ best siot. tido lambat bangun lambat. yg bestnye, tak payah buat house chores kott. cakap je nak study, trus mama ckp ok ok. hahhaha padahallllllllll.. =p

bestnye kalau bleh study kat umah je. tetibe pikir kalau aku dpt usm alangkah indahnye. time nak exam bru drive p usm. DRIVE?????????!!!! hahahhaa! tapi takpe, aku dah final sem dah. so ini adelah final exam aku yg terakhir, insyaAllah. sukenye suke!!

isnin nanti aku ade paper - marketing. tak study lagi pon. esok dlm bas baru nak mula. marketing ni mcm tak kesah sgt ah. dpt C pon aku tak kesah. aku lebih tekankan utk paper petroleum hari rabu nanti. doa doakan la aku ye tawan2.

okey ah. dah pukul 2 dah ni. aku kene tidoq dah. bas esok pagi pkl 9.45am. sampai shah alam dlm pkl 3ptg camtu. si kekasih dtg menjemput kot. sbb dia tak sihat kan so aku takde ah berharap. kalau dia takleh amik, aku blk ngn cab je. cool~ :D

ok sekian terima kasih.

Monday, March 9

.. make up dan kulit ..

since internet connection is fucking bad, i'm gonna write something lah.
dah beberapa hari aku tak blog kan.

hmmm. so i am in my lovely house. LOVELY LA SANGAT. haha
ok mmg lovely pon. after hectic days i've gone through, dapatla balik kejap.

tp kejap2 pon dapat jumpa FYA, my niece. eeeeeeee so comel!
here are some pictures of her.






comel kan comel kannnnnnnnnnnnnnnnnn!

tadi my sis in law, kak ifa gave me make up things! haha. dont you know wahai kak ifa, i dont wear make up?
okla setakat compact powder gua layan la. lain2 tu mmg gua lemah la beb.

gahahha! eh betul la. i swear.
i dont even wear blusher, eye shadow, mascara, or even celak!
smua tu ada (except maskara) tapi mmg aku tak pakai.
RIMAS.
kalau pakai pon, on special occasion saje.
cam dinner ke, ada presentation ke, ataupon nak bajet ayu.
wakaka! no no i'm lying.

maybe that explains macam mana aku boleh ada good skin complexion, kot?
yela, make up semua tu chemicals. aku amik kimia, mmg aku tau ah.
jgn pecaya sgt dgn chemicals. semua tu akan ada kesan.
unless pakai kosmetik yg berasaskan herba, insyaALLAH ok.

sebenarnya aku kecik2 dulu ..
CEY NAK KONGSI RAHSIA KEJELITAAN PULAK.
dulu aku kecik2, zaman sekolah rendah dulu, aku pakai sabun susu kambing.
aku tak pasti jenama apa, tp memang susu kambing ah.
yg bulat warna cream tu. pastuh kotak dia warna ijau.
aku rasa sebab tu la kot muka aku tak penah dinaiki [?] jerawat.
eh tipu la kalau tak penah kan.
penah jerawat paling sakit dlm dunia masa djh 5.
pastu dah surut. jerawat2 manja lain just tumbuh masa period.
tu pon sat saja, dua tiga hari hilang la.
dan, aku sejak kecik mmg dilarang pakai make up!
penah aku curi2 make up mak aku, sekali kena marah daa!

haha. nsb baik dia mrh kan.

pastu high school plak dah ala2 tomboy, lagi ah kan.
tak main la make up ni. T.T
fashion nak rugged je~

so itulah dia rahsia kejelitaanku. haha geli siut.
kulit aku bukan la licin cam ponggong baby, tp saat ni mmg takde langsung la jerawat.
lagipon jerawat mmg susah naik kat org berkulit gelap ni.
sbb pigmen melanin dia tebal.
so ALHAMDULILLAH.
tu aku heran tu, kenapa la org ckp kulit putih tu cantik?
eh mmg ah cantik. tp tahukah anda, kulit putih tu menandakan anda tak sihat?
melanin anda sikit, dan kulit anda sgt nipis.
sbb tu bila panas atau malu anda blushing2 nampak merah2.
TU SALURAN DARAH YG MENGEMBANG K.

[utk sesiapa yg tak tahu la]

eh eh apasal pulak cerita pasal ketebalan kulit??!

hmm.
tu je kot. aku nak cite byk2 pon, rasa malas.
cuti aku dilanjutkan sendiri sehingga hari selasa.
sebab tiket balik SA esok DAH HABIH!
t__________________t

BYE!

Monday, February 23

.. hoooooooooooooooii ..

woaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tetibe.

weh, weekend ni aku pi camping. yey yey!! syok gile. ye ah, ni baru kali kedua aku berkhemah. dan kali pertama camping dlm utan!!! wahahahaha. confirm kena bwk surah yasin segala ni kan. he he. nasib baikla tak period masa tu nanti. haha

esok nak keluaq beli brg sikit. nak beli track bottom dgn backpack. haha. kesian aku kan kan kan! lagi, nak beli anak tudung. stok perlu byk. haha. ape lagi. ha kipas!! wakakaka. perlu ke??!! PERLU!

pastu nak beli repellent. wuahahah. ai kan princess. perlu tu. ngehehehe! ha nanti la aku pk nak beli gapo.

huh esok ada modul la wey. ptg tu dahla ada test!!! bencik! baru baca 2 page. alaa ada lg 5 page la. waaaaaaaaaaa tolong!

eh korang ni, taknak ke duit? aku nak offer, taknak plak. haih susah betul la nak dapat perhatian dr org ni. takmau kawan ah! bye!

Friday, February 20

.. T_____________T ..

hai.

hmm. dah seminggu hidup aku tak tentu arah. dah seminggu aku exhausted gila.
bangun awal2 9 pagi (ceh awal ke?), terus mandi terus berarak [?] ke lab / makmal projek kitorang. terus buat lab. mmg penat ah kan. aku ni sampai terlupa nak makan ko tau. aku cam segala benda kena siapkan dulu before makan. sampai angin perut aku.

dahtu, ada yg sampai malam tak siap2. adusss. pastu makan pon ala kadar je, sehari sekali je. sedisssssss!

pastu yg lebih sedis, dahla sample black fungus aku tu sikit kan. aku dah siap wat test DPPH, FRAP ngan TPC. tapi semua pon tak jadi. semua pon kena repeat. DPPH tu dah bape kali dah aku repeat. haih.

oh ethanol baru sampai tadi. sangat suka! siap bergambar ngan botol ethanol dowh! haha bodo gila. tapi ethanol tu adelah kawan baik aku. kan elyn kan?

gamba banyak yg ditangkap, tapi cam malas la nak upload. aku ade keje nak kene wat ni. ade assigment, nak stadi lagi, presentation lagi. waaaaa camni ke final year???!!

hmmm memember aku kalut2 nak buat master. aku jeles. tapi takpela. dorang buat benda yg dorang minat. aku kan tak minat sains2 ni. so takpela, aku tunggu la nanti. aku keje dulu, pastu baru tgk bleh sambung master ke tak. kot mase tu laki aku sapot ke kan kan kan.

WEY MAK AKU BELI TRACKMILL!!! ke threadmill??? jeles siut. huh takpe. dah tak lama dah aku nak balik umah ni kan. so tunggu!!! bulan may nanti aku balik. aku nak bersenam diatas itu!

ok la korang (ceh bajet cam ada je org baca blog aku).
nak wat keje ni. babai.

Tuesday, February 10

.. aku pon tak percaya ..

salam!!

hi all. haha poyos.
hari ni, eh semalam la. aku ada date. best! haha tahpape.
boling, karok, shopping. eh tak la. tak beli pape, takde benda menarik pon. uhuw~
jalan2 kat Pyramid. best best!

sbnrnye kitorg jumpe someone, eh, not someone la. ramai jugak la kan.
korang penah dgr Steven's Tea Garden? tau tak tu benda ape?

ha.. ini adelah sesuatu tau. sesuatu!

nak cite skang, aku pon tak larat. esok la kot aku cite ek.
best dowh karok dgn teman lelaki. hahahah. layan!!
bajet suara sedap la kan. menjerit2 cam dua eko org utan. hahaha
syok sendiri la, dah bayar kan. huh

yang tak best tu, ms boling la. ces geram siut aku.
boleh plak la aku dpt 55 pin sahaja!!! bengong!!
ntah nape la kan. asek masuk longkang. babi betul.
salahkan bola itew!!
tp ok la kan, 55 dgn 128 takde la jauh mana pon. wakakaka!

eh tak saba la nak cite kat korang pasal STG tu. ahaha!

ok ah bai!

Thursday, February 5

.. gua jumpa artis beb ..

tajuk tak boleh belah. haha

Tadi dinner dengan buah hati kat JOM LEPAK. alah kedai Linda Rafar ngan Syed Aiman.
kat sek 13 Shah Alam.

Gua jumpa Syed Aiman YANG HEMSEM tu !!!
boleh camtu? hahahahha

Linda takde ah pulak. Tapi tengah makan koayteow tomyam yang berharga rm5 itu, tetiba muncul kelibat Zamarul Hisyam dan aweknya, Diana Rafar.

wooo romantisnya mereka. haha

dan peminat Syed Aiman, dont jeles ok. Dia serve kitorang tau. Nasibla aku tak gedit sebok nak tangkap gamba diorang kan.

haha.

Friday, January 30

.. paili ..

Went to QB. Ronda2 Penang dgn driver tersayang, Paili! Tengs! ;p

forever 21

shopping sat

dinner @ Kapitans

Great day! :D

Friday, January 23

.. duit ..

Salam.

yay!! Finally! Hari ini bertarikh 22 Januari 2009, duit aku masuk jugak. Setelah 3 minggu menanti, makan masuklan sejumlah wang kedalam akaun bank islam aku. Tapi yg tak sedapnye, duit yuran dah ditolak huwaaa. dan kena bayar kolej lagi, dan tolak lagi 210.

So berikut adalah wishlist aku:
PTPTN= rm500
kolej = rm210
AVG = rm30
battery hp = rm25 [done]
headset = rm35 [done]
adiah adik aku = rm150

sbrnya aku tgh tak sihat ni. Otw to demam. haha. So nak makan ubat dan berehat. Dahla tak packing lagi barang2 utk bwk balik esok! ceiihh. hahah

bye.

Tuesday, January 13

.. taktau ..

Asalammualaikum dan salam sejahtera.

Skrg ni kecoh pasal perang, Israel dan Gaza. Sebenarnya aku ni bukan tau sangat hal2 politik. Paper pon jarang baca kan. Tapi sedih sangat la. Tak pasal2 kena tembak, kena bom, kena sembelih. Gila tak berhati perut. Memang takde cara nak lawan, kita cuma boleh berdoa supaya tentera Israel insaf [mustahil]. Dan berdoa umat2 Islam selamat. Dan ALLAH telah berjanji, setiap perkara walaupun sekecil zarah, tetap ada balasannya. Sabarlah. Sabarlah.

Update!!! Gambar melancong ke KLCC telah diupload kat Facebook. Sila lah usha. haha.

Hari ni aku sedih sebenarnya. Dan aku masih berfikir, patut atau tak patut aku marah dan merajuk? Korang tak payahla teka apa atau siapa yang aku marahkan / merajukkan, insyaALLAH tak betul punya. haha. Dan aku pon takkan bagitau. Saja ja nak tulis, dah takde benda sangat nak tulis ni. Aku sedang belajar mengawal amarahku ini. Alhamdulillah, setakat ni ok. Walaupon aku rasa memang patut aku merajuk. huhu.

Oh ya. AKU KENA TINDIH MALAM TADI. Dalam pukul 2.15am - 2.30am. Aku baru lelap kot masa tu selepas ber mesej2 dgn encik bf. huh. Sedap tido, tetiba rasa berat je badan aku. Nak pusing pon tak bleh. Bukak mata, nampak situasi bilik aku. SAH! Kena tindih la tu. Aku dah biasa dah kena. Tapi ni first time yang jadi kat bilik ni. So ok. Aku pon mulakan aktiviti menggerakkan anggota kecil kecil; jari tangan dan kaki. Berjaya! Tapi wadehel? Masih ditindih! Dan kepala aku seperti ditekan tekan. Aku try jerit, ALLAHU AKBAR! Aku dengar suara aku, tapi roomates aku tak terjaga pon? Something goes wrong somewhere. haha. Dah lima nam kali sebut nama ALLAH tak jadi pape, aku pon menjadi geram. arghhh! Badan aku rasa berat sangat, letih and penat gila. Aku lawan jugak. Ada la dalam 10-15minit camtuh. fuhhh. Penat wey. Lalu, selepas bertarung tu, akhirnya dapat jugak aku bangun, dan terus duduk. SERIOUSLY aku termengah mengah. Macam semput gitu. Tak habis disitu, mata aku jadi berat giler, mengantuk giler la wei. Takbleh tido ni. Kang tak jaga terus aku. huhu. Tapi dah pkl 3 pagi tu ko nak buat apa kan? Takkan nak layan Facebook plak. haha. So aku pon baca la 4 Qul dgn ayat Qursi. Hembus kat tapak tangan dan sapu seluruh anggota badan [kecuali tapak kaki dan kemaluan]. Aku baring pon mengiring. Dan aku taktau pukul berapa aku tertido. Sedar2 dah 8.24am setelah henpon aku bervibratean sekelian lama. oh Lin call! Hari ni kelas pkl 8.30am la! adoiii. Ponteng ah jawabnye. haha

Berbalik kpd true story tadi, bf aku cakap tu sindrom paralysed semasa tidur. Mak aku pon cakap. Tapi??? Sebab kejadian tindih menindih ni memang wujud kan. Lagipon roomate aku sendiri mengalaminya, so apa pendapat korang?

Thursday, January 8

.. lembu ..


Gambar diatas kalau korang nak tahu, merupakan gambar Bumblebee [patung anak lembu aku] yang didoodlekan oleh aku dan Pakya. hahaha gelak sat. Ada dua versi disitu. Yang lawa tu mestila aku yang lukis. Yang tak lawa tu Pakya lukis. hahahahha lagi.

Soalannya, mana satu lawa, mana satu tak lawa?

Cerita sampingan.
Lecturer Organometallic aku garang / straight seh. Dia siap ada yawn-o-meter kot. Alat mengukur tahap menguap. CEH! Sapa yang menguap, dia tulis nama kat depan. Orang ketiga menguap, orang tu akan jadi guru aerobik selama 5 minit. hahah. Begitu juga orang keenem, kesembilan, keduabelas dan seterusnya dalam gandaan tiga.

Lepas ni memang kena cover gila gila la kalau mengantuk tu. haha

Dahla tak boleh ponteng langsung. Dia siap nak halau kot kalau ada sesapa ponteng kelas dia tanpa MC or sebab yang munasabah. huhuw!

eh. Tadi [7jan] kita orang pi PKNS sat. Beli shawl lagi sehelai. haha. Dalam dok takdak duit tu kan. uhuh~

eh lagi satu nak tanya. SAPA YANG BAIK HATI SANGAT TOLONG TOPUPKAN AKU HAH? DAHLA RM3. Cam lawak pulak.