Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Saturday, February 21

.. lepas ni ko nak hentam aku pon tak kisah ..

malas la. bosan la. huh. bosan ke? ceh padahal byk je keje kena buat.
duhhh ade assignment tp tajuk assignment tu tah mane aku letak. gahahaha! ok tak lawak.
next selasa ada test petroleum. eh cam tak blaja pape je? padahal dah 2 bulan. haha
hmm ape lagi. ha isnin ade presentation eh eh baru teringat la tak download lagi powerpoint. he he
pemalas punya budak.

bila aku usha blog orang aku cam terpikir, "ade ke org baca blog aku?" . ada tu memang la, tp kawan2 aku jela kot. huh cam sedih plak kan. haha. ada blog yg readers dia sampai puluhan ribu FUYOOO.

haa ade satu benda yg aku nak cakap lama dah. tapi sebab nak jaga hati orang, aku diam je. tapi makin lama makin meluat pulak. tau tak betapa annoyingnya bila ko memberlagak [?] tentang diri ko. aku geli ko tau.

contoh paling senang la. kalau sorang pompuan tu t***k dia besar, dia kecoh2 cakap, "ala aku berat ni.. ni.. (sambil tunjuk kat dada)". ceh ingat aku kesah sgt ke t***k ko besar ke kecik? padahal aku tgk biasa je kot. cuma sebab badan ko tu kecik, pendek. sebab tu la nampak besar. tahpape. tapi t***k labuh ingat cantik ke?

dah tu buat tatapan para para sakura. eh. para lelaki je kot. aku rasa majoriti lelaki stakat nak tengok layan2 khayal2 bayang2 bolehla. tapi nak buat bini, tak kot. dah semua laki tengok, ada apa lagi, kan?

ada pulak yg bajet cun tu. menyampah jugak. cam meluat la kan sikit2 "aku comey aku comey" padahal satu dunia tau ko tak comey. haa bila dah bengang camni ah jadi. bukan nak cakap ko buruk hodoh tapi tak perlu la kan menjengkelkan orang lain. sampai orang lain plak malu nak admit ko tak comey.

laki pon sama la. laki lagi aku geli. heeeyyy tolong. ko paham2 sendiri sudah. kalau ko penah buat, ko pasti terasa.

meluat betul. aku bukan nak menjatuhkan kaum sendiri. korang ni pikir camtu lantakla. tapi ini utk renungan bersama. kalau terasa tu, bagus. memang nak bagi terasa pon. nak tegur, takut ko malu. tapi aku tau ko tak malu sebab tu ko tak heran.

dan aku mmg tak respek kepada awek2 yg bertudung kat luar sana, tapi bila kat Friendster, Myspace, Facebook segala, kalut nak letak gamba freehair. sungguh aku tak respek. aku lebih respek awek yg tak bertudung. sebab dia jadi diri sendiri. kalau bukak tutup bukak tutup tu, aku rasa ini memberi imej yg tidak baik kepada agama lain. aku tau, kawan2 aku pon belambak camtu. on off. aku berani ckp camni sbb ni benda betul. aku tak tegur direct takut korang malu. so lu pikir la sendiri.

aku sendiri penah ter letak gamba free hair kat fs ngan ms suatu masa dulu. nasib baik cepat sedar. tu pon nampak seurat dua rambut pon aku dah malu gila, ko yg letak gamba pakai baju nak tayang cleavage tu, tak malu kah? better tak payah pakai tudung. aku serius. aku tak kesah ko seksi. aku lbh respek org mcm tu. even aku berani bet, semua org respek org yg tak bertudung drp bertudung tapi tayang2 rambut kat alam maya.

ok entri ini ada sedikit lucah. harap maaf. tapi ini lebih kepada kesedaran sivik. sila jangan fikir negatif.

Tuesday, January 20

.. mari menderma darah ..

So ada sesiapa MASIH nak minum perisa baru dari Sarbucks ini? Saya belanja.

Tuesday, January 13

.. taktau ..

Asalammualaikum dan salam sejahtera.

Skrg ni kecoh pasal perang, Israel dan Gaza. Sebenarnya aku ni bukan tau sangat hal2 politik. Paper pon jarang baca kan. Tapi sedih sangat la. Tak pasal2 kena tembak, kena bom, kena sembelih. Gila tak berhati perut. Memang takde cara nak lawan, kita cuma boleh berdoa supaya tentera Israel insaf [mustahil]. Dan berdoa umat2 Islam selamat. Dan ALLAH telah berjanji, setiap perkara walaupun sekecil zarah, tetap ada balasannya. Sabarlah. Sabarlah.

Update!!! Gambar melancong ke KLCC telah diupload kat Facebook. Sila lah usha. haha.

Hari ni aku sedih sebenarnya. Dan aku masih berfikir, patut atau tak patut aku marah dan merajuk? Korang tak payahla teka apa atau siapa yang aku marahkan / merajukkan, insyaALLAH tak betul punya. haha. Dan aku pon takkan bagitau. Saja ja nak tulis, dah takde benda sangat nak tulis ni. Aku sedang belajar mengawal amarahku ini. Alhamdulillah, setakat ni ok. Walaupon aku rasa memang patut aku merajuk. huhu.

Oh ya. AKU KENA TINDIH MALAM TADI. Dalam pukul 2.15am - 2.30am. Aku baru lelap kot masa tu selepas ber mesej2 dgn encik bf. huh. Sedap tido, tetiba rasa berat je badan aku. Nak pusing pon tak bleh. Bukak mata, nampak situasi bilik aku. SAH! Kena tindih la tu. Aku dah biasa dah kena. Tapi ni first time yang jadi kat bilik ni. So ok. Aku pon mulakan aktiviti menggerakkan anggota kecil kecil; jari tangan dan kaki. Berjaya! Tapi wadehel? Masih ditindih! Dan kepala aku seperti ditekan tekan. Aku try jerit, ALLAHU AKBAR! Aku dengar suara aku, tapi roomates aku tak terjaga pon? Something goes wrong somewhere. haha. Dah lima nam kali sebut nama ALLAH tak jadi pape, aku pon menjadi geram. arghhh! Badan aku rasa berat sangat, letih and penat gila. Aku lawan jugak. Ada la dalam 10-15minit camtuh. fuhhh. Penat wey. Lalu, selepas bertarung tu, akhirnya dapat jugak aku bangun, dan terus duduk. SERIOUSLY aku termengah mengah. Macam semput gitu. Tak habis disitu, mata aku jadi berat giler, mengantuk giler la wei. Takbleh tido ni. Kang tak jaga terus aku. huhu. Tapi dah pkl 3 pagi tu ko nak buat apa kan? Takkan nak layan Facebook plak. haha. So aku pon baca la 4 Qul dgn ayat Qursi. Hembus kat tapak tangan dan sapu seluruh anggota badan [kecuali tapak kaki dan kemaluan]. Aku baring pon mengiring. Dan aku taktau pukul berapa aku tertido. Sedar2 dah 8.24am setelah henpon aku bervibratean sekelian lama. oh Lin call! Hari ni kelas pkl 8.30am la! adoiii. Ponteng ah jawabnye. haha

Berbalik kpd true story tadi, bf aku cakap tu sindrom paralysed semasa tidur. Mak aku pon cakap. Tapi??? Sebab kejadian tindih menindih ni memang wujud kan. Lagipon roomate aku sendiri mengalaminya, so apa pendapat korang?

Sunday, January 4

.. tunang dan kahwin ..

Asalammualaikum dan salam sejahtera.

Aku tengah konfius ni. Aku yang tua, atau memang skg zaman bertunang / kahwin?
Jenguk jenguk Friendster, Myspace, takpun blogspot.
Ada je gambar orang bertunang dan kahwin.
Tu memang tak pelik, tak salah.

Cuma.

Yang menimbulkan sedikit tanda tanya disini.
Yang tunang / kahwin tu, baru umur 19, 20.
Tidakkah pelik disitu? huhu
Aku baru 21, tapi tak pulak terasa nak bertunang / kahwin sangat2.
Saja saja cakap tu ada la. Tapi diorang?

Isk. Adakah aku andartu? haha nauzubillah.
Bukan apa, macam tak boleh terima bila kawan2 sekolah kita bertunang.
Bila bertunang, pastila akan kahwin dalam masa terdekat ni kan.

WOW! O_O

Aku rasa sangat belum layak untuk menjadi bini orang. T____T
Kepada kawan kawan yang telah dan bakal bertunang / nikah, tahniah diucapkan.

Boleh bagi tips tak macam mana nak buat diri ni nampak matang sikit? :)

So, apa pendapat korang pasal isu ni?