Saturday, January 31

.. award from HONEY ..


this is for:
cookie / bobob / dila / fateha / feera / naning / paili / sakinah

.. senarai kesyukuran ..

1. Tajuk, Senarai Kesyukuran {insert nama anda, nama glemer atau tidak, terpulang}
2. Tuliskan semua benda tentang hidup anda, baik atau buruk.
3. Letakkan Saya bersyukur di hadapan setiap ayat tadi untuk mengubah semua ayat baik atau buruk kepada ayat baik dan positif.
4. Boleh dibuat dalam semua bahasa.
5. Saya bersyukur boleh ditukar kepada Saya gembira atau Saya bernasib baik. Tapi kalau begitu lebih baik tajuknya Senarai Kegembiraan atau Senarai Kenasib Baikkan. So jangan susahkan diri.

SENARAI KESYUKURAN FARIZA FAUZI.

  1. saya bersyukur saya dilahirkan sebagai Muslim.
  2. saya bersyukur mempunyai sepasang ibubapa yang garang dan tegas kalau tak sure saya jadi anak yang taktau diuntung. hahaha
  3. saya bersyukur abg dan adik saya masih hidup. dan abg saya mempunyai isteri yang cantik macam saya, dan anak mereka juga comel macam saya.
  4. saya bersyukur mempunyai henpon nokia yang jatuh pon masih tak rosak walaupun msg tune dia beralih kepada standard tone.
  5. saya bersyukur dilahirkan sempurna tanpa cacat cela.
  6. saya bersyukur saya berkulit gelap, sebab gelap susah nak kena kanser kulit dan masalah jerawat, bukti tgklah adik saya.
  7. saya bersyukur tinggi saya 157 cm sahaja kalau tak mesti susah nak cari boifren [tapi basib baik boifren saya 183cm]
  8. saya bersyukur saya dapat belajar sampai ke peringat universiti walaupon course yang saya ambik tu sangatlah bosan dan tak best.
  9. saya bersyukur sebab saya pandai lukis muka orang dgn comel sekali bukan macam kawan saya Mul yang lukis muka kena budak pompuan yang mulutnya mcm banana dan rambutnya macam rintik rintik hujan.
  10. saya bersyukur saya tak pandai masak, kalau pandai mesti sibuk nak masak kat bf bila tiba saja weekends [macam nana masak kat mie]
  11. saya bersyukur sebab kucing itu comel dan saya suka. Nabi pon suka.
  12. saya bersyukur saya pernah bersekolah di sekolah agama. kalau tak mesti saya dah jadi minah rempit atau perokok tegar atau sebagainya.
  13. saya bersyukur dapat room mates yg best sejak pertama kali saya tinggal di asrama.
  14. saya bersyukur keluarga saya bukan orang kaya tapi sederhana.
  15. saya bersyukur mak saya belikan laptop utk saya sejak 3 tahun yang lalu dan oleh kerana itu blog ini dapat diterbitkan.
  16. saya bersyukur saya ada penyakit yg agak kronik [takla saya tipu] iaitu glaucoma, dengar kata kalau kita sakit dosa2 kecil kita diampunkan.
  17. saya bersyukur blog saya tak cool.
  18. saya bersyukur saya tak pandai show off.
  19. saya bersyukur saya tak berkawan dgn ramai lelaki, kalau tak mesti saya dicop perempuan gedik.
  20. saya bersyukur sebab saya pandai bersyukur, hahahaha!
  21. saya bersyukur saya ada kawan2 yang best.
  22. saya juga bersyukur sebab ada kawan2 yang tak best. haha buleh?
  23. saya bersyukur saya tulis guna tangan.
  24. saya bersyukur saya care pasal orang lain lebih dari diri sendiri.
  25. saya bersyukur walaupon orang cakap saya selfish padahal saya takut nak cakap saya dapat 82% utk test colloid sebab takut orang akan berkecil hati.
  26. saya bersyukur saya agak macho bila keluar dengan kawan2 saya selalu offer utk bawakkan barang mereka.
  27. saya bersyukur saya tak kikis duit boifren dan ex boifren saya. sila tanya mereka utk kepastian lanjut.
  28. saya bersyukur saya tak pernah mintak boifren saya belanja saya apa2. ok ni macam tipu je. pernahla sekali dua kan tapi saya jarang gedik2 seperti contoh ini: "yangggg, lawa la beg ni.. belikan utk i ok?" dan ini " yangggggggg.. i suka la baju ni.. nak!!"
  29. saya bersyukur saya utamakan boifren saya dari kawan2 saya. ini betul. walapon dia tak perasan.
  30. saya bersyukur pernah tinggal setahun di arau. sempat merasai bahang dunia. hoho
  31. saya bersyukur saya cuba utk berkawan dgn kawan2 kpd kawan2 saya tapi ada antara mereka yang sombong dan berkata "baru jumpa sekali dah sebok nak add kat frenster" fine.
  32. saya bersyukur saya cantik tapi saya tak pernah rasa cantik. hahaha wtf?
  33. saya bersyukur kalau orang puji saya cantik, dan tak suka orang puji comel [melainkan bf saya] sebab comel tu macam lebih sesuai utk kanak2 dan kucing.
  34. saya bersyukur saya tak makan makanan pedas2 sangat sebab mak kata makanan pedas menambahkan selera makan, kan?
  35. saya bersyukur saya ada broadband dirumah dan wireless di kolej.
  36. saya bersyukur saya ada lagi 3 bulan sahaja sebelum saya grad.
  37. saya bersyukur bapak saya ada misai sebab nampak comel.
  38. saya bersyukur bf saya takde misai sebab orang muda ada misai tak comel.
  39. saya bersyukur saya ada kawan bernama anida yusof sebab dia lah saya kenal siapa itu michael scofield.
  40. saya bersyukur saya kenal beberapa orang yg sama tarikh lahir dgn saya. Sharifah Ili Anati [25mac88] dan Nani [25mac87] ada lagi tapi saya lupa
  41. saya bersyukur saya tak gedik macam perempuan itu.
  42. saya bersyukur saya tak popular dan famous sebab saya sangat takut denga public.
  43. saya bersukur muka saya masam je, ni punya muka pon beratur orang ngorat muahahahhaa
  44. saya bersyukur mempunyai bilik sendiri walaupon adik saya buat bilik ni macam bilik dia
  45. saya bersyukur kucing saya telah lari dari rumah walaupon saya agak sedih. wuuuuuu~
  46. saya bersyukur saya ada duit.
  47. saya bersyukur masih lagi bernafas!!! [patutnya ni tulis awal tapi kenapa lepas 46 perkara baru ingat???]
  48. saya bersyukur bf saya sangat best. [kembang la tuuuuu]
  49. saya bersyukur saya tak banyak cakap tapi lebih banyak memerhati.
  50. saya bersyukur saya hidup sedikit susah skg ni kerana Tuhan menjanjikan yang lebih baik pada masa akan datang.
  51. saya bersyukur saya pernah patah tangan masa berusia 6 tahun akibat jatuh basikal yang dikayuh secara terbalik diatas bangku ketika waktu senja.
  52. saya bersyukur saya pernah repeat matrix.
  53. saya bersyukur saya pernah kenal orang2 yang saya pernah kenal kerana mereka mematangkan saya [matang ke?]
  54. saya bersyukur saya mempunyai beg, baju, payung, pencil case dan lain2 termasuk spender berwarna pink walaupon saya sebenarnya tak suka warna pink.
  55. saya bersyukur saya tak pernah melancong keluar negara, nanti honeymoon ada alasan nak pergi banyak tempat.
  56. saya bersyukur saya ada peluang belajar bahasa arab dan mandarin.
  57. saya bersyukur boifren saya menjadikan saya seorang yang tidak mengada ngada. walapon ada sedikit ciri itu.
  58. saya bersyukur saya tahun 99 nama Allah dan 25 nabi yang hebat itu.
  59. saya bersyukur saya sedar bila saya buat dosa tapi tak reti2 bertaubat. ish ish
  60. saya bersyukur saya masih belum berkahwin pada usia 22 tahun.
  61. saya bersyukur saya mampu tulis 60 perkara yang saya bersyukur, walapon banyak lagi tapi cukuplah utk saya share dengan anda.

Anda ada tak perkara yang ada syukurkan?

Kalau ada, saya tag anda semua. :D

Friday, January 30

.. paili ..

Went to QB. Ronda2 Penang dgn driver tersayang, Paili! Tengs! ;p

forever 21

shopping sat

dinner @ Kapitans

Great day! :D

.. tagged by BOBOB ..

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di bawah untuk diletakkan di blog anda. [anyway skg dah 2009. ;p]



2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

~ bobob . tengs yeah!~
~ rakan se-kmpp. rakan se-uitm. tapi fac lain2.
~ org selayang / batu caves?? ;p
~ sama cm aku. ada lesen tp x drive. muahahaha
~ bf beliau nama adlie. :))
~ nampak gaya cam suka shopping. kita kena hang out and shop sama2 ni babe!

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

~ taktau masak. pls take note. jadiknye kalau dtg umah saya tu, takyah la suruh saya masak ok. ;p
~ taktau drive. or. tak drive la lebih tepat. saya dah plan nak beli kereta bila dah keja. ms tu tgk saya drive ke tak. hihi
~ makan tak banyak, tp makin gemok. ntah kenapa. sbb dah tak aktif macam dulu kot.
~ saya anak kedua dr 3 adik beradik.
~ suka kucin. mereka comel!!!
~ saya juga suka moo moo yg hitam putih. dah ada beberapa koleksi beg, selipar, mug, gam dan pensel case moo moo diberi oleh buah hati. dan banyak lagi tau.
~ suka dgn photography. bercita2 nak beli SLR. uhuw
~ sumpah saya tak pernah minat kimia.
~ saya suka art. saya kreatif. ok better la dari hal2 sains ni. dem!
~ saya kalau baca buku / mag mesti bukak page belakang dulu.
~ dan korang perlu tahu, saya tak makan makanan yang pedas sangat. saya mula makan sos cili pon masa djh 5. sila gelakkan saya.
~ kalau nak tau lagi, sila la bersama dgn updates saya ya!

4. bagi award ni kat 10 org & die adalah di tag :D
~ saya hadiahkan award ni kepada semua orang. sila la buat tag ini ok!

Thursday, January 29

.. happy birthday mama! ..

28th Jan 09. Mama dah 51 tahun. waaaaaaaaaaaawwww!!~

Went to Cafe 57. Enjoy the photos. :)








.. tagged by NANI ..

here’s the rule: Use Google Image to search the answers to the questions below.Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer. After that tag 7 people.

1. the age of next birthday = 22

2. place i'd like to travel= Netherlands!!!

3. a favourite place = beaches

4. nickname i had = RIZ

5. a favourite color = orange

6. a favourite food = roti

7. college major = applied chem

8. name of my love = pakya [cant really see]

9. a hobby = travelling muahaha

10. a bad habit = negative thinking

11. my wish list = LG cookie


7 tagged people:

1. cookie
2. bobob
3. izzah
4. dila
5. eky
6. feera
7. paili

ps: tia takleh sbb takdak collge major. muahaha








Tuesday, January 27

.. erghh ..

I think i have made my decision, though it is not so clear.

Blog abt it later!~