Sunday, June 14

berangan tu tak salah

tapi kena make sure la bila kita angankan sesuatu, kita perlu usaha sehabis baik utk capai impian tu. kan?

so. macam mana kalau satu hari nanti aku dah berjaya, dan kaya? mungkin masa tu aku akan lupa diri. oleh itu entri ini dicipta utk mengingatkan diri sendiri.

kalau aku dah kaya . . .
  • mula2 sekali mmg utk parents la. sepanjang hidup aku, even dah kaya mcm mana pon, aku tetap hutang nyawa dgn mak yg melahirkan aku, dan hutang budi dgn abah yg selalu beli makan. heh. bagi la diorang sebanyak2nya. kalau ada rezeki, bawa mereka pergi haji. insyaAllah.
  • aku nak bersedekah. sebelum duit habis, aku nak sedekah jugakla. kat rumah anak2 yatim ke, rumah org2 tua ke. eh. tak lupa kat sekolah lama aku. insyaAllah.
  • simpan la kan. masuk dlm bank. peti besi ke. mana2 jela tempat yg selamat. utk kegunaan masa akan datang.
  • beli kereta. eh. ni tak tunggu kaya mmg dah beli kot. keperluan ni. hahaha.
  • bawa family bercuti. mana2 yang mampu la kan. kalau time tu kaya sikit, dalam negara cukup. kalau kaya banyak, bolehla bawak overseas.
  • beli rumah. perlu ni. kalau masa tu aku tak kawin lagi, bolehla aku tinggal rumah tu. kalau dah kawin, aku nak sewakan. supaya if jadi pape, senang, ada rumah sendiri. hehe
  • aku nak pi spa kot. ngeh. mcm teringin je. seumur idup tak penah jaga diri sendiri. semuanya org yg suruh. mandi pon pemalas, apatah lagi la nak jaga2 rambut la, losyen la. hahaha
  • eh satu benda paling penting kot. aku nak bayar utang PTPTipu. wakkaaka! pastu bayar kt JPA jugak. aku lemas la bonded2 ni. tak free nak buat apa yg kita selesa. huh
  • nak organize kenduri kesyukuran. disamping tu boleh wt reunion sekali. hehe
  • banyak lagi plan sebenarnya, tak dpt nak senarai semua kat sini. cuma yg pasti, bila dah kaya nanti, aku nak lengkapkan rukun islam yg ke5; tunaikan haji. lambat atau cepat tu tak kisahla, janji before mati, aku ade dah setel semua rukun islam. doa kan k..
tu je kot. setakat ni la. nak type semua pon, mcm tak patut. bukan semua benda kita kena share kan. hahaha. ok bye.

No comments:

Post a Comment

You say?