Showing posts with label telefon bimbit. Show all posts
Showing posts with label telefon bimbit. Show all posts

Friday, January 23

.. dah okey ..

yey hp saya dah ok! Dulu ada sedikit problem dimana memory card tidak dapat detect. Berbulan lamanya saya guna ringtone Nokia dan message yang tut tut tu. uhuw~ Hari ni pi anta kat kedai, dia format pastu terus ok. haha! Cam hampeh. Aku rasa [kejap saya kejap aku] memory card slot tu longgar kot. Bateri pon memang loose. Dia cam tak kejap. Skg dah guna bateri baru, so dah ketat. So memory card tu pon dah ketat. So yey! Dah letak themes, pasni nak letak lagu. eh aku pny mmc 512mb je, malas nak guna banyak. Suka heng!

Hp ni dah nak dekat setahun dah aku guna [Feb ni besday dia]. Hp ni function dia ok, kamer 3mp, ada mp3, dan sound dia mmg sedap la kan utk para Nokia. Sejujurnya aku tak suka Nokia, tapi hp ni mama belikan, so aku rasa aku takkan jual / trade in. Nanti dah keja, macam nak beli hp bwh ni.


Bekenan siot.

Macam cool je kan. Touch screen tu. Kamera 3mp kot. Aku dah survey dah harga, rm800 plus minus. Ok ah tu kan. Kalau nak beli skang memang mampu, tapi buat apa, hp skg ni dah ok. Aku postpone jela niat tu. hehe. Macam nak beli camera je. Tengok ah dulu mcm mana.

ow btw, skg saya ada kat Penang. Bercuti selama seminggu! yay!


Friday, January 2

.. Cuba menukar template blog ..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semalam saya telah melakukan percubaan menukar template blog, tapi tak jadi.
Sangat ku tidak paham, xml la, html la. Saya sangat lembap, sila faham.

Oleh kerana itu, bantuan cik adik sangatlah dihargai.
Sila tukar template blog saya! :D

Bilik telah dikemas dengan rapi. ERRKKK???
Penipu hahahhaha. Dah kemas la. Tapi takde bantal. Bantal, printer dan kipas meja ada dibilik Lin [sebab bilik dia tingkat 1]. hehe. Nanti la kalau senang baru pi amik. Huh

Tiadalah yang best untuk dinyatakan disini. Segalanya biasa biasa sahaja.
Elaun JPA ku masih belum masuk. Geram disitu. Tinggal RM287.33 sahaja untuk bertahan mungkin selama . . . 2 minggu lagi? OH NO!

Saya sangat memerlukan movies sekarang.

Oh! Lagi satu. Sebenarnya kelas telah bermula pada 31 Dis yang lalu. Tapi memandangkan ramai lagi manusia belum pulang ke UiTM, masih berhoneymoon bersama keluarga tersayang, maka saya dan rakan2 telah berikrar untuk tidak pergi ke kelas pada minggu ini. haha padan muka. Petang ini jam 3 ada kelas Marketing dan pastilah tidak mahu pergi. Yeah!!

Henpon saya sangat sak. Nak type tu sangat susah. Sila tafsir ayat dibawah:

maj sayb sedamg mfmasak mbsi gnreng.

translation: mak saya sedang memasak nasi goreng.

Oleh itu, saya berasa mahu membeli henpon yang baru, jika diizinkan oleh mak saya.



Sekian, terima kasih.

Wassalam.